Monday, May 17, 2010

Memikat Seorang Diktator

Umur 17 tahun Wann dipilih menyertai PLKN. Gua tak dipilih. Tapi gua dengan gigih menulis surat pada Perdana Menteri Malaysia untuk dipilih menyertai PLKN. Kalau tak gua nak merajuk. Gua tak nak jadi warga negara.

Mestilah permohonan gua diluluskan. Sebab dalam surat gua tulis gua boleh menyamar menjadi gadis. Jadi gua aset penting kalau negara memerlukan spy nanti.

Maka gua dengan bakal awek gua ni pun ditempatkan di sebuah tempat terpencil. I like u'ols! Macam ni baru la menarik sedikit. Dan agak romantis di situ.

Dah nama dah jodoh. Gua ditakdirkan sekumpulan dengan Wann. Wah, bestnya. Boleh ah gua jogging sama-sama dengan dia. Gua tengok dia peluh. Dia tengok peluh gua. Gua lap peluh dia. Dia lap peluh gua. Terangsang gua memikirkan masa depan yang penuh romantik.

Tapi alangkah bengapnya PLKN. Pehal lak diorang asingkan lelaki dengan perempuan ni? Rupanya kena jogging dengan set-set lelaki je. Ceh. Macam gua gay la sangat!

Berkat sifat diktator Wann, dia dipilih sebagai timbalan ketua kumpulan. Lu jangan salah paham. Gua pun ada jawatan. AJK Keceriaan kumpulan.

Satu hari semua orang kena masuk hutan waktu malam. Ini ibarat pertandingan. Kumpulan mana yang masuk dan keluar dalam kadar yang paling cepat dan senyap akan menjadi juara. Ketua kumpulan gua, Rudy, sangat obses dengan kemenangan.

Berkali-kali dia diskas strategi dengan Wann. Padahal nak ngayat, ingat gua tak tau. Gua memang nak hentak dah mamat tu. Tapi sumpah gua tak berani! Badan macam gorila kot!

Gua pula dah berkali-kali kena warning jangan menjerit-jerit dalam hutan macam hari tu. Pressure lah gua. Banyak semut besar-besar kot dalam hutan tu.

Tapi tak apa. Pertandingan pun bermula.

Kumpulan lelaki berjaya keluar dan masuk dengan selamat. Gua langsung tak menjerit. Nasib baik Bob menutup mulut gua dengan tali pinggang dia masa kumpulan gua terserempak dengan babi hutan tadi.

Tapi kumpulan perempuan tak bernasib baik. Mereka bising dan agak lambat. Habis saja pemberian hadiah Rudy terus sound pada Wann depan ahli kumpulan.

Dia kata Wann ni macam diktator tapi langsung tak pandai handle kumpulan. Gua tengok muka Wann dah muram. Gua nak tumbuk Rudy tapi sumpah gua tak berani.

Tapi...

DUSH!!!! Gua tak tau dari mana datang. Buku lima gua tiba-tiba ja hinggap kat muka Rudy. Macam yang gua saspek. Sikit pun Rudy tak berganjak. Ok. Matilah gua lepas ni.

Hasilnya? Lebam kiri dan kanan muka yang tak akan dapat dibaiki oleh mana-mana pencuci muka. Kelangkang gua senak sangat. Gua risau gua mandul je ni bai. 3 hari juga gua dalam pusat rawatan.

Hari ketiga, Wann datang. Dia tanya gua,

"Pehal ko wat apa yang ko wat tu?"

"Entah. Gua rasa gua buat sebab gua tak nak lu sedih kot." kata gua tapi masih lagi senak.

"Itu saja?" Wann tanya gua lagi dalam nada bengis.

"Err, entah. Tak ada motif kot. Gua pun tak tau."

Wann tersengih. Gelak kecil. Dia bergerak ke arah pintu. Sampai di pintu, dia tengok muka gua. Dia senyum kat gua.

Gua tengok senyuman tu baru gua teringat sebab apa gua tumbuk Rudy. Sebab tu lah.

Fin.

3 comments:

say- O said...

hahaha..

wann afzan said...

pondan gle laki tuhh!!

hazal-san said...

Diktator sejati