Monday, May 3, 2010

Watashi wa Sukides di Okinawa

Sudah 3 tahun selepas Ijan memberi kad kepada Wawa. Sudah 3 tahun juga Ijan sudah putus hubungan dengan Wawa. Ijan tak tahu Wawa masih tunggu dia atau tidak. Tapi Ijan masih lagi tegar. Menanti lagi 2 tahun untuk mengotakan janji pulang kepada Wawa.

Ijan hot. Sumpah hot. Sehot cabai Melaka di Okinawa. Mesti ada saja manusia sepet di Okinawa yang terpikat dengan Ijan di sana.

Salah seorang gadis yang meminati Ijan adalah seorang gadis comel yang bernama Maria. Maria juga tak kurang hotnya. Sudah banyak lelaki yang menginginkan Maria sebagai kapel tapi Maria rejek semuanya.

Kecuali Ijan.

Ijan mampu menambat hati Maria.

____________________________________

Suatu hari Maria membuat keputusan untuk konfess kepada Ijan. Dia panggil Ijan masuk bilik. Bilik darjah.

Maria konfess,

"Ijan, watashi wa sukides."

Bangga betul Ijan ada orang comel suka dia.

Dia senyum. Sudah start blushing, dan dia bilang.

"(dalam loghat Okinawa) Maria, awak memang comel. Bahkan awaklah orang Okinawa paling comel pernah saya jumpa. Tapi ada orang di Dungun lagi comel dari awak."

Maria bingung. Maria frust. Akibatnya Maria menjadi pelakon kegemaran Ismeth 5 tahun kemudian.

Fin.

2 comments:

wann afzan™ said...

erk...

say-0 said...

bongok punya maria.