Saturday, December 25, 2010

This is My Story. This is My Legacy.

Nama gua Muhammad Arif Farhan Bin Abdul Rani.

Buat pertama kali muncul di khalayak ramai di sekitar kawasan berdekatan Kolej Dato' Onn pada tahun 2009. Melakukan kemunculan pertama di depan segenap masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia pada 17 Ogos 2009.


Pertama kali berlatih bersama-sama dalam Teater Dato' Onn di bilik Zamrud.

Tika suatu masa gua dianggap kayu besi dalam seni tarian dan Ismeth sentiasa di tahap lenggang Dato' pada mata dan hati abg Vee.

Design baju boria yang direject sekeras-kerasnya oleh abg Vee. Penat Leha jahit tak tidur malam.


Pada 4 Oktober 2009, gua melakukan kemunculan kedua dalam arena teater di Panggung Seni, UKM. Gua cuma memegang watak minor yang tidak kurang pentingnya dalam menjayakan flow drama berkenaan.

Dan sekali lagi Ismeth mencuri tumpuan semua penonton serta juri di dalam Panggung Seni mahupun semasa postmortem di bilik Kebudayaan apabila beliau melakukan scene 'pantomime' tapi dalam skrip drama itu tak pernah-pernah ada scene yang beliau ketengahkan itu. Improvisasi kata beliau.

Maaf. Gua tiada koleksi gambar untuk event itu.


Sekitar bulan Januari 2010, sekali lagi gua melakukan kemunculan untuk kali ketiga, kali ini dalam teater berkonsep muzikal. Gua memegang watak jejaka cina.

Ya.

Bukan korea, bukan jepun, tapi cina. Gua rasa dengan mekap yang dikenakan pada muka gua, gua yakin 98% hadirin yang menonton percaya gua memang orang cina.


Draft pertama baju gua direject sekeras-kerasnya atas dasar kulit badan gua terlalu cerah sama warna dengan baju.

Ini bukan jejaka cina. Ini gua. Serius bai.


Sekitar hujung bulan Mac 2010, gua sekali lagi terlibat dengan persembahan teater terulung pernah gua sertai. Jalan cerita terbaik yang akan gua kenang selamanya. Cukup cuma terdengar lagu tema Rule of Rose menyebabkan gua terasa untuk menari sepertimana di dalam scene teater itu.

Memori dalam produksi kali ini tak kan gua lupa. Ia mencetuskan fenomena hingga pihak atasan Nobel price terpaksa cancel nama calon tahun itu sebab ragu-ragu mereka cukup layak berbanding krew produksi Love Suicide.

Untuk rujukan bergambar, sila klik sini.



Untuk semua kerja keras itu, apa gua dapat? Gua tak pernah dapat apa-apa award. Gua tak pernah dapat apa-apa pujian juri. Mahupun penonton sekalipun tidak pernah mengingat nama gua.



Tapi, ini yang gua dapat,








Gua dapat kenangan-kenangan indah. Gua dapat apa yang sebenarnya ditafsir Famili oleh hati dan bukan mulut. Semua ini tiada tanpa pengorbanan ikhlas dari semua orang, semua famili gua.


Oh ya, beberapa hari lepas, semasa gua tengah menunggu seseorang di koridor, ada seorang mamat ni tiba-tiba tegur gua.

"Kau masuk iCAF tahun lepas kan? Kau belakon untuk DOT eh?"


Gua tak pernah bawa nama gua. Gua sentiasa bawa nama DOT dalam setiap produksi yang gua pernah terlibat. Orang akan sentiasa ingat gua sebagai pelakon dari Dato' Onn's Theater.


Gua pun tersenyum,

"Aku lead actor untuk DOT time tu."



cut.

7 comments:

Saya Arif said...

ai loike muka Leha kt pix ending2 tu.. bhahahahaha

wann afzan said...

smua gmbr solo, gmbr kau kn? pastu xde gmbr ismeth. cilaka. hahahahaha

Anonymous said...

gambar aku separuh. sad~ -fatin

say- O said...

ok, yang ni betui2 buat gua tacing.

say- O said...

untuk feel tacing tahap gay punya, sila pasang lagu without you sambil baca entry arip

Saya Arif said...

wann: ltak gmbr ismet wtpe. legacy aku kot. hahaha.

fatin: eh. ade muke kau eh? xprasan plak. haha

say o: mmg tacing gila tyme taip entri ni. T_________T

say- O said...

hard to admit, tapi cakap je la.
wann dalam gambar kat dalam ni nampak kurus.