Tuesday, October 18, 2011

Penter dan Pekan Frinjan 24

Ada 2 event luar yang terdekat yang mana menarik perhatian aku. Penter dan Pekan Frinjan 24.


1. PENTER




Event pada 19 oktober ni, hari Rabu di Panggung Seni. Esoklah. Pukul 8 malam mula. Bayaran percuma kot, sebab tak mention sebarang bayaran. Dari segi list peserta, macam pelbagai genre ada. Tarian, pipe band (sumpah rare) dan KTR (teater). So, aku rasa ini sangat bagus dan sangat senang nak pergi.

Aku tahu korang ada event ESZ kena perform Detik tu skali lagi. Takpe yang free jom join aku kita tengok Penter ni sama2.


2. PEKAN FRINJAN EDISI 24




Yang ini pula, aku dapat tahu tadi melalui grup Distro Buku kat FB. Event ni pada 28 Oktober hari Jumaat pukul 6 petang sampai 1130 malam. Tempatnya: Kompleks Belia Dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7 (depan UNISEL, tepi tasik Seksyen 7) Shah Alam, Malaysia. Copy paste je lah ayat promo dia,

Pekan Frinjan adalah acara bulanan yang mempersatukan muzik, puisi, teater, fesyen, aktivisme, buku dan macam-macam. Memasuki edisi ke 24, Pekan Frinjan kali ini akan turut berlangsung pada hari Jumaat
Barisan pengkarya:
Society
... Tengku Adil
Happy Siblings
Cats In Love
Puisi Jadi Senjata
Pelancaran novel terbaru Fixi bertajuk Zombijaya

dan lain-lain yang menyusul kelak

juga pelbagai buku-buku baru dari penerbit kecil dan besar boleh diperolehi di sini. Jom!

So, aku rasa ini bagus juga (especially untuk peminat FIXI) untuk menambah pengalaman dan jalan2 sket. Tapi problem yang mungkin: transport. So, bincanglah kalau boleh ye kat ruangan komen.

And if possible (and of course, kalau jadi lah untuk pergi dua2 atau satu je), aku cadangkan kita bawak junior sekali. Sorang dua pun okay dah. Untuk pendedahan kepada diorang, untuk diorang tambah ilmu dan buka mata (actually, senior pun sama) dan semestinya to show that DOT meant business.

Ok tu je, sila bincang di ruang komen. Atau FB.


6 comments:

wann afzan said...

yg sng utk smua org pergi esp 1st year, penter ah. kt ukm je kn..tapi ade esz lak. deng!

say- O said...

memang first year paling senang cuma penter tu. tapi ada esz. celakas sungguh. geng tua jugak la. tapi tak ramai, sebab diorang kena buat show time esz.

aku sorang la nampaknya, haha

Nazrin Saad said...

Penter tu pentas teater ke, Say O?

Senyap pula budak KTR pasal ni. Bangang betul.

say- O said...

entah apa maksud tah, dulu terbaca tapi lupa dah. yang penting malam ni kul 8. diorang mungkin tak dapat g, tapi aku g dulu sorang2. bagpipe pefomance tu..

wann afzan said...

tu ah. bdk ktr smua bnda nk senyap. sikit pun xnak mintak tlg org.

say- O said...

...sumthing fishy ngan ktr? haha

tapi tadi ktr bukan show teater pun. cuma shoq sajak dari sorang budak indon (dia ahli ktr). berapi jugak ar sajak dia