Saturday, October 15, 2011

Dear Leader

Setiap pertubuhan ada pengerusi . Setiap negara ada ketuanya baik Sultan, Queen ataupun Mr. President. Setiap kelas ada ketua kelasnya. Setiap kelab bola sepak ada kapten. Setiap platun tentera ada commander. Setiap universiti ada Naib Canselornya.

Pendek kata, setiap kumpulan manusia akan ada seorang yang menjadi ketua. Yang menjadi kepala.

Untuk menjadi ketua, seseorang itu tak semestinya perlu pandai berperang angkat senjata. Untuk menjadi ketua, seseorang itu tak semestinya perlu pandai memutar belitkan ayat dari yang salah menjadi benar. Untuk menjadi ketua, seseorang itu tak perlu menjadi pemain paling hebat dalam pasukannya. Untuk menjadi ketua, seseorang itu tak perlu pun adalah lelaki paling kacak/ perempuan paling hot. Untuk menjadi ketua, seseorang itu tak semestinya adalah paling tinggi kelayakan akademiknya. Untuk menjadi ketua, seseorang itu tak perlu pun bijak mengarah pelakon dan tinggi ya-amat ilmu teaternya.

Jadi, apa yang penting?

Dia perlu tahu sifat setiap rakan/ahlinya. Dia perlu faham perangai dan sikap ahlinya. Dia perlu sentiasa mendengar. Dia perlu sentiasa memerhati. Dia perlu bijak dalam problem solving. Dia perlu bijak dalam personal confrontation. Dia perlu tahu cara menaikkan semangat ahlinya pada ketika morale jatuh merudum. Dia perlu tahu melonggarkan suasana yang tegang. Dia perlu tahu bila masanya kena berkeras, bila masanya kena berlembut.

Dan yang paling utama sekali,

Dia perlu berani untuk tampil ke depan. Hard time or easy time, he is there. The figure to lead the rest is there.

Jika dia ada sifat itu, maka dia lah Dear Leader kamu.



No comments: