Wednesday, October 19, 2011

Idea dan Sumbernya

Salam sejahtera.

Entah kenapa 2, 3 hari ni tangan aku teketar2 gian nak menulis/menaip. Dari dalam group FB sampai ke personal blog dan sini juga. Jadi alang2 dah ketar2 tangan, mari aku nak bagi sedikit ajakan/ cadangan kepada kamu DOT people sekalian.

Behold!!! And hear me my fellow brothers and sisters, for I am the messenger from the other world!! Bringing words of wisdom, as free as wind blowing..

Key in lagu ini,





Ok balik pada mode asal. Sebenarnya, aku perhatikan macam ada satu gelombang baru melanda DOT buat masa sekarang. No no no no no bukan gelombang l**ah di ma**e* tetapi sebenarnya,

Gelombang membaca.

Mungkin aku sorang saja yang perasan lebih, syiok sendiri atau make believe kot tapi sincerely saying, I see the changes. Obviously, aku sendiri yang taik game satu ketika dulu sekarang jadi taik buku pulak. Dan aku selaku seorang yang bising dan bukan pemalu, maka adanya aku promot kepada korang yang lain2. So, sekarang ni aku rasa puas.

Ismet dan KimiNox dah mula beli dan pinjam novel2 FIXI aku, Farah dengan Sperma Cinta dan Nora Roberts, Fizi tadi aku nampak dia jalan kat bangunan kimia sambil pegang Kasino, Serdang pun dah beli buku bertimbun- timbun masa BBW, Syira juga, Pod juga. Arip dan Syana memang aku tahu pembaca setia dari dulu lagi. Hazal juga pembaca setia. Penuh buku kat meja dia.

Aku suka bila korang mula membaca. Especially dari DOT point of view. Why? Reason mudah saja. Membaca membuka minda dan menambahkan pengetahuan. Tambahan lagi, korang adalah DOT people, teater people. Idea itu kena banyak. Sumber idea? Samada dari pemerhatian, bacaan, wayang, game atau original idea. Honestly, original idea tu sangat susah nak dapat. Kebanyakan cerita2 yang ada sekarang adalah saduran/ ubahan/ tempekan/ pusing-pusingan dari satu atau gabungan pelbagai cerita lama.

Sebagai contoh (setakat yang aku ingat),

1. ICAF 2009/2010: Love Suicide

Jujurnya, cerita ini terhasil dari brainstorming pada satu malam tu. Aku rasa ini adalah brainstorming paling happening. Semua orang bagi idea, semua orang bincang, semua orang bersuara dan komen. Mulanya Nepal bagi idea cerita The Orphan, then aku rasa macam susah sket nak buat. Puas memikir nak ubah konsep The Orphan, last2 aku teringat one of my all time favourite game- Silent Hill 2.

So, natijahnya ICAF tu aku ubahsuai/ twist/ modify/ whatever you call it dari story line Silent Hill 2. Tak tahu story asal Silent Hill 2? Mai sembang n tanya kat aku.

2. ICAF 2010/2011: The Gallow

Ini aku tak tahu banyak sangat. Sebab time ni aku sudah merantau ke Republik of Burhan. Tapi aku pasti, yang Nepal cakap dia nak buat skrip. Dia hantar, kami baca dan setuju. Dia kata ini punya story dia amik dari novel, dia cuma ubah2 bagi sesuai.

Now it's clear right? Memang seronok kalau idea tu fresh dara lagi. Tapi hampir mustahil. So, rujukan itu penting. Sepertimana pelukis manga, mereka juga ada library yang simpan manga2 lain dan dijadikan sumber ilham/ rujukan.

Jangan pula korang fikir macam ni,


"Ala biar la Arip baca banyak2, Syana baca banyak2. Nanti story2 apa biar diorang lah yang mikir~"


Sorry, but that was totally an unacceptable reasoning. Itu lepas tangan/ sleeping member/ pemalas namanya.

Lagi ramai membaca lagi bagus. Macam ni. Dari pemerhatian aku- Syana suka jenis mythical fantasy, Arif more to social life and human relations and Hazal pula jenis spiritual dan religious. Yang lain aku tak pasti sebab mereka (setakat yang aku tahu) baru mula rasanya. Oh penduduk Republic UO sorang tu, korang tahu dia jenis minat buku apa.

So, bilamana ada brainstorming maka akan ada possibiliti untuk sesuatu cerita tu jadi pelbagai. Atau at least, dalam satu story asas diselitkan unsur agama, diselitkan unsur humor, diselitkan unsur fantasi. Anything man, up to you and your creativity. You got what I mean right?

Kamon, aku rasa tak sukar nak membaca. Just spend half an hour a day specifically for your reading time. Dah boleh habis 20 page paling kurang. Siapa tahu dalam 20 page tu akan ada certain plot yang boleh jadi idea menarik sewaktu PTU atau ICAF?

So comrades, let's start reading . Mulakan dengan benda yang mudah dan genre yang diminati.

Oh jangan pula lupa baca Quran.

3 comments:

N.W.I said...

owh..yeah! dah tu je. bye...*wahid pun ulat buku*

say- O said...

amboi marah ka...provokatif sungguh ngan "nama gua wahida so?"

hahahhaa!

Nazrin Saad said...

"Originality is undetected plagiarism."

William Ralph Inge (1860-1954)
*Seorang penulis.