*sharing good songs is one thing we should do. Personally i like the sadness and empty mood in the song. maybe boleh jadi inspirasi untuk ICAF nanti? Haha*
Semasa gadis Yakuza baru saja mahu kenal huruf di Tingkatan 1, semasa Leha, Is baru mahu kenal subjek di dalam UPSR dan semasa pondan nama Wann baru kenal darjah 5, gua dah membintangi muzikal pertama gua.
FYI, lagu ni dinyanyikan semula oleh Celine Dion dan ini antara lagu Disney yang paling indah sepanjang zaman. Cari versi Celine Dion, sesetengah orang akan menangis mendengarnya.
Tale as old as time, True as it can be Barely even friends, Then somebody came, Unexpectedly,
Gua hanya menjadi watak ayah saja dalam teater itu. Watak tambahan. Namun, setelah menyedari bakat serta pakej muka dan bentuk badan yang gua ada, untuk muzikal seterusnya, gua seperti diramalkan pengkritik muzikal yang ternama, dipilih untuk memegang watak utama,
Lagu ini tak ada beautiful mana. Tapi, lagu ini membuatkan meremang bulu tengkuk gua.
Oh, dan ini dia. Lagu gua dan heroin. Biasa saja lagu ni. Tapi sebab gua pernah nyanyi, bertambah hebat lah lagunya.
In the end I want to be standing, At the beginning, With you...
***
Lagu-lagu Disney zaman 3D adalah berbeza dari zaman 2D. Kalau anda menonton Anastasia, anda akan dapat melihat betapa lagu Once Upon a December itu berjaya menaikkan mood penonton setiap kali ia dinyanyi atau dihummingkan sekalipun.
Dan ia adalah sebuah animasi, bukan live action.
Lagu Disney yang terdahulu memang ada nilainya yang tersendiri. Aku memegang tinggi lagu tema Beauty and the Beast berbanding sebarang lagu dalam 3 filem HSM. Dan aku berani cabar sebarang lagu dalam trilogi HSM untuk menyamai kehebatan lagu tema Beauty and the Beast.
Nonetheless, dengarkanlah. Mungkin kamu akan terpikat. Jika tidak, well, mungkin bukan zaman aku.
Dan ternyata sekali dunia sudah berubah dan dunia kita mungkin berbeda.
Peace.
p/s : disney seem childish, but the childishness did captivate millions of hearts regarding ages.