Tuesday, October 5, 2010

Siri Selebriti DOT #1: Ismeth Azril

Setelah sekian lama gua menghilangkan diri dari arena menulis entri di blog DOT, hari ini atas faktor kebosanan setelah puas menerokai webcam yang baru dibeli disamping desakan oleh ramai peminat setia yang tertunggu-tunggu entri dari gua, gua memutuskan untuk kembali ke blog ini.

Disini gua ingin menyatakan ribuan terima kasih kepada semua pembaca-pembaca yang terus menerus memberi sokongan kepada gua untuk terus menulis di blog ini, dan jutaan terima kasih kepada mereka yang membaca entri gua hanya kerana tertarik terhadap kekacakan penulisan gua disamping wajah gua sekali. Terima kasih. Tanpa anda, tiada beza pun sebenarnya ada ke tak ada.

Topik yang akan gua bahaskan kali ini, cuma menceritakan tentang sedikit salasilah dan latar belakang beberapa ahli DOT. Tujuannya hanya untuk memperkenalkan kepada junior yang masih mentah dalam arena seni DOT itu sendiri, disamping untuk menganjeng atau pun secara keseluruhannya.

Selebriti DOT kita pada kali ini ialah, saudara Ismeth.


Info Ismeth

Nama penuh beliau ialah Ismeth Azril Bin Shamsuddin. Gua dah syak uols memang akan kata macam familiar. Khabarnya bapak beliau, Haji Shamsuddin terpengaruh dengan nama Ismet Ulam Raja dari filem Tiga Abdul arahan P.Ramlee.

Serius bai.

Beliau dilahirkan pada 24 September 1990. Pukul berapa gua tak pasti. Lain-lain berkenaan boleh rujuk pada kad pengenalan serta sijil lahir beliau.

Berat beliau semasa dilahirkan turut tercatat didalam sijil lahir bagi sesiapa yang kecurigaan.

Beliau merupakan mahasiswa dari Fakulti Sains dan Teknologi dalam jurusan major Sains Nuklear.

Walaupun beliau seringkali tercicir kelas mahupun mencicirkan kelas, beliau masih dalam golongan 45 mahasiswa terbaik yang amat membanggakan yang di dalam keseluruhannya 45 orang mahasiswa Sains Nuklear.

Oh ya, jika terlihat Ismeth memakai kaca mata, sila respek beliau dengan memanggil Azril. Ini penting.




Minat Ismeth

Sekilas pandang, kita memang boleh syak dah Ismeth mesti suka tengok cerita-cerita berunsurkan pemikiran dewasa.

Dengan gaya dan cara percakapan beliau yang matang, Ismeth mempelajari ilmu tentang kehidupan sebenar dari filem-filem dan drama-drama yang mengandungi nilai dan moral kehidupan yang kompleks.

Untuk sesiapa yang tidak tahu atau memang tak ambil tahu, Ismeth pernah membintangi kumpulan nasyid KDO. Beliau telah tersenarai sebagai pemain keduabelasan kumpulan terbabit sebagai pemain percussion.

Atas kehebatan dan kegigihan menjadikan perut sendiri sebagai jukebox mudahalih, beliau pernah memenangi beberapa anugerah yang cuma diiktiraf oleh ahli DOT sendiri.

Beliau juga pernah beraksi di padang bola bermain bola sepak untuk beberapa minit! Selain bermain sepenuh masa dalam permainan Pro Evolution Soccer 2010. Hebat bukan?


Jiwa Seni Ismeth

Ismeth pernah membintangi beberapa produksi DOT, antaranya, drama Inggeris, The Taste of Life yang mana beliau secara kurang sengaja bercakap terlalu perlahan hingga satu panggung tidak tahu dia cakap apa.

Dalam drama melayu, beliau pernah berlakon dalam ceritera muzikal, Antara Dua Darjat, yang mana beliau memegang watak Ah Pao selaku pembelasah watak utama. Beliau secara rasminya menyebabkan masa tertambah seminit akibat scene gaduh yang berlebihan dari asal.

Beliau turut membintangi sketsa raya DOT untuk openhouse raya KDO baru-baru ini. Kali ini beliau sempurna.

Selain itu beliau pernah membawa tugas krew disebalik tabir, seperti audio semasa Pertandingan Boria Konvo UKM yang ke-38, dan anda tahu apa yang telah berlaku bukan? Itu kerja Ismeth. Lighting pula perfect gila gampang.


Tambahan Ismeth

Kalau Ismeth makan, yang pasti cuma tulang ayam yang akan kelihatan. Itu pun dah hancur dikunyah beliau.

Beliau tak membawa kenderaan ke UKM, tapi boleh kelihatan menunggang moto ke kelas atau ke kelab malam. Setiap kali terlihat, lain-lain moto, tak tahu mana dia rembat.

Beliau tidak ada skandal dengan Abang Vee, walaupun kebenaran jelas terserlah.

Selain peminat hadkor animasi One Piece, beliau amat meminati filem dan drama berunsur pemikiran dewasa. Eh, ni dah bagitau tadi.

Beliau pernah menghabiskan nasi beriani cheese. Tak cukup hebat? Tanpa sakit perut.

Beliau juga pernah terduduk di atas makanan beberapa kali hingga terpenyek, tetapi masih sanggup untuk menghabiskannya, walaupun makanan itu bukan dia yang punya.


Cukuplah sampai disitu sedikit infomasi tentang seorang ahli DOT. Ini ialah tribute untuk beliau yang masih setia di dalam organisasi DOT. Jasa anda sentiasa dikenang.

Semoga junior mengambil iktibar dari entri pendek ini dan jadikannya sebagai pedoman hidup sekarang dan masa depan.

Siapa pula selebriti undangan seterusnya. *usya rapat*

Sumber gambar ini masih dalam siasatan.



cut.

7 comments:

say- O said...

pekirian dewasa.
direct baru best, hahah

Saya Arif said...

haha. pemikiran dewasa cm lg style ja. bhahaha

ism3th said...

shit..mane lak dpt gmba tu ???
btw tu gmba aku ngn mmber skola aku time reunion ritu..

wann afzan said...

weh2. kite slalu kenakn ismeth. hang x letak tu...

slalu klu mknn mcm basi, suro ismeth mkn. pastu die kate "sdap je mknn ni.awat hangpa x mkn?", kite akn gelak kuat2..

hahahahahahahaha~

izan_muslimin said...

niceee...

~**Raw Honey**~ said...

haha ! ^^ ismeth jugak comel macam teddy bear mase berlawan dengan tiang !

PaLi3 said...

tiang?