Jauh disebalik tanah Alam Melayu, wujud suatu kawasan pentadbiran yang mana rakyat dan penguasanya tiadalah sama seperti manusia biasa. Dikatakan sejarah, penguasanya punyai seorang puteri yang cunnya tiadalah kurang mahupun lebih dari bidadari di kayangan.
Disebalik jendela istana, bersemayamlah puteri itu bersama seorang dayang istana kesayangannya, Melur.
"Melur" sambil mengusya cermin dan bermain-main rambut sendiri.
"Ye Tuan Puteri" tunduk menghormati puteri istana negeri dengan sopannya.
"Selendang Puteri kena sambal nasi lemak. Dah tak boleh pakai ni, Melur. Esok kita outing dekat downtowng ya, carikang Puteri selendang yang baru. Kalau boleh Puteri mahukang selendang macam yang Pari-pari Mata Pink pakai tu. Ada batu-batu emas dengang permata. Nampak la urbang sikit kan Melur?" sambil melihat-lihat selendang yang kotor itu lalu dibuang dalam tong sampah berdekatan.
"Baiklah Tuan Puteri. Akan patik sediakan perkakasannya untuk perjalan esok hari."
"Terima kasih ya Melur" kata Puteri dengan seronoknya sambil sengih-sengih tengok muka sendiri.
"Anytime Tuan Puteri" jawab Melur sambil mendandan rambut Tuan Puteri.
"BABYNDA! BABYNDA!"
"YE AYAHNDA!" jerit Puteri sesopan mungkin.
"KE SINI BABYNDA! KITA ADA TETAMU!"
"BAIK AYAHNDA! BABYNDA ONG THE WAY NI!" sambil pakai bra dan baju kebaya merah.
"Mane gi selendang express Puteri ni Melur?" sambil mengscan lantai bilik yang agak-agak bersepah.
****
Sementara itu di ruang tetamu istana,
"Assalamualaikum maulana. Apa khabar apa khabar?" sengih-sengih Sultan menyambut tetamu.
"Waalaikummussalam ya Sultan, ana sesat cari jalan, signboard luruh dekat simpang empat depan istana sana ya Sultan. Ana ingat ana dah sampai ke istana ya Sultan, rupa-rupanya shopping complex. MasyaAllah." jawab tetamu sambil mengipas diri dengan jubah berwarna kelabu.
"MasyaAllah. Sorry banyak-banyak Maulana."
"BENDAHARA!"
"Beta mahu tahu siapa yang menguruskan hal ehwal kerja jalan raya dan lorong!" marah Sultan.
"Iskandar.. iskandar..syah" bisik-bisik pembesar yang lain.
"Ampun Tuanku. Iskandar Syah orangnya" jawab Bendahara dengan penuh rasa kesal dan tension.
"Buang dia dari istana. Bakar surat permohonan untuk stay istana dia!"
"Akan patik laksanakan Tuanku." sambil mengundur diri dari ruang tetamu.
"Eh, Maulana. Jemput minum. Ini teh khas dari negeri Cheras." jemput Sultan sambil tersenyum.
"Ayahnda." selit Puteri yang tiba-tiba muncul dari celah belakang Sultan.
"Babynda. Lama betul Babynda bersiap. Ayahnda perkenalkan, ini Maulana Syeikh Amer Syeikh Kecing dari Mesir. Pembesar Sultan Mesir."
"Hai" jawab Maulana.
"Wats up?" jawab Tuan Puteri pula.
"Mamanda! Kesini Mamanda." jerit Sultan lalu datanglah Pemaisuri pula duduk sebelah Puteri.
"Memandangkan semua sudah disini. Mari kita mula business boleh Maulana?" tanya Sultan.
"Alhamdulillah, boleh-boleh ya Sultan." jawab Maulana dengan nada rakus.
"Disini patik bawakan kepingan gambar Ya Habibi Sultan Mesir. Patik print laser. Clear ni Tuanku. Ambil pun guna DSLR." jelas Maulana sambil diberikan kepada Puteri.
"Eh, kenapa pula ni?" tanya Puteri kehairanan.
"Eh, Tuanku Sultan tak story kat Puteri ke? Maulana pula naik hairan.
"Aik! Mamanda tak ceritakan kat Babynda ke? tanya Sultan pulak.
"Ayahnda! Jangan nak birokrasi sangat. Ce cerite je sekarang kat Babynda." marah Puteri yang hilang sabar dengan aktiviti tudingan-tudingan jari di ruang tetamu.
"Em, macam ni Babynda. Hari tu Sultan Mesir ada inboxkan Ayahnda mesej. Dia mahu memperisterikan Babynda." jelas Sultan.
"Babynda tak nak!" jerit Puteri dengan tolakan sekeras-kerasnya.
"Come on Babynda. Orang Mesir ni. Nanti Ayahnda boleh dapat cucu muka iras-iras Maher Zain."
"Babynda tak mahu! Ayahnda ni macam tak tahu taste Babynda macam mana. Kan Babynda dah selalu cakap! Babynda mahu lelaki yang berambut kerinting! Mesti berkaca mata! Nampak cool tau Ayahnda! Pastu Babynda tak mahu lelaki tinggi-tinggi besar-besar! Babynda mahukan lelaki macam saiz Babynda saja! Nanti tinggi-tinggi sakit tengkuk Babynda nak tengok dia!" jawab Puteri dengan nada yang makin tinggi jelas menunjukkan beliau agak cerewet tahap bidadari kayangan juga.
"Mana ada orang macam tu dalam dunia kita ni Babynda. Babynda jangan nak materialistik sangat. Perkahwinan Babynda ni penting untuk meneruskan warisan kerajaan kita tau Babynda!" jelas Sultan lagi kali ini dengan muka agak konfiden.
"Babynda tak mahu! Babynda tak kira! Mamanda, tolongla Babynda" tolak Puteri sekeras-kerasnya yang kini menarik-narik baru Pemaisuri.
"Babynda! Jangan tarik-tarik. Mamanda tak sempat pakai baju dalam tadi." bisik Pemaisuri kepada Puteri.
"Babynda! Tak boleh! Babynda mesti kahwini Sultan Mesir juga! Ini perintah Ayahnda! Maulana! Inform Sultan Mesir akan perkahwinan itu seperdua purnama lagi. Bendahara! Post dekat Facebook. Ajak semua rakyat untuk turut hadir!" kata Sultan dengan penuh penggunaan maksimum kuasa raja beliau.
"Ayahnda kejam!" menangis Puteri lalu lari masuk ke kamar. Sultan buat-buat tak kisah saja.
"Ampun Tuanku, kalau dah confirm. Patik mahu berangkat pulang dulu Tuanku." tunduk Maulana meminta untuk undur diri.
"Baiklah Maulana. Hati-hati perjalanan."
****
Malam menjelma. Bulan mengambang penuh menyinari istana negeri.
"Melur. Macam mana plan kita?" tanya Puteri.
"Ampun Tuan Puteri. Patik dah tempah tiket Air Asia ke Alam Melayu. Malam ni dalam 3 depa cahaya bulan menyentuh lantai tanah, kita akan berlepas." bisik Melur kepada Puteri sambil memacking barang.
"Maafkan Puteri sebab libatkan Melur." kesal Puteri sambil memilih-milih selendang.
"Ke mana jua Tuan Puteri pergi, nescaya patik akan bersama-sama dengan Tuan Puteri. Itu janji patik kotakan untuk seluruh keturunan patik." jawab Melur dengan penuh penghayatan.
"Ayuh Melur. Puteri dah siap packing. Mari kita bergerak." sambil menggalas beberapa beg dengan memakai baju kebaya berwarna ungu.
"Kita gunakan pintu belakang. Pantas Tuan Puteri." jelas Melur sambil mula bergerak melewati pintu bilik Tuanku Sultan dan Pemaisuri.
"Selamat tinggal Ayahnda dan Mamanda. Takkan Babynda lupakan jasa Ayahnda dan Mamanda." menangis Puteri sambil bergerak mengikuti Melur.
****
Keesokan harinya,
"AYAHNDA! AYAHNDA!" jerit Pemaisuri sambil menangis.
"Kenapa Mamanda?! Biawak masuk bilik lagi?" berlari Sultan menuju ke bilik Puteri.
"Babynda dah lari dari istana Ayahnda! Ni semua Ayahnda punya pasal! Huwaaaaa!!" jelas Pemaisuri sambil keesakan menangis.
"MasyaAllah. Kena cancel la majlis kahwin ni. BENDAHARA! Cancelkan majlis perkahwinan Puteri! Sediakan pasukan pencari dan cari Puteri beta!" titah Sultan kepada Bendahara yang cuma berada disebelah beliau.
"Sabar Mamanda, sabar." kata Sultan sambil mengusap-usap kepada Pemaisuri dalam cubaan menenangkan beliau.
"Kita dah tak ada Puteri lagi. Zuriat kita Ayahnda.." tangis Pemaisuri.
"Tak mengapa Mamanda. Patah tumbuh hilang berganti. Ayahnda masih ada stok lagi Mamanda" jelas Sultan sambil memeluk Pemaisuri.
Pemaisuri berhenti menangis.
Malam itu lampu istana tutup awal. Lagi-lagi lampu bilik Tuanku Sultan dan Pemaisuri.
bersambung