Monday, November 3, 2008

Muka Say O Sama Mcm Warden Sekolahku...

Cikgu Suki....
Masih terngiang-ngiang nama tersebut di lubuk pemikiranku... Warden yang dibenci masyarakat... *masyarakat student masa tu je r* Masih ku ingat beliau je la warden yang paling aktif mendenda komuniti pelajar masa tu..

Ya.. Memang dah lama aku tidak berjumpa beliau. Aku dah lost contact dengan beliau. Status beliau pun aku dah lama tak ambil peduli. Tak tau la sama ada single, in a relation, married mahupun its complicated. Ya... Aku semakin melupakan beliau..

4 tahun kemudian, aku hadir di UKM.. Tatkala itu juga junior-junior DOT masuk mengadap.. Semuanya comel-comel, ada yang bergelar opah, yang gelak tak senonoh, yang suka menampar belakang, yang panjang mahupun yang slow... Namun di celah-celah keramaian tersebut, seorang pelajar mengingatkan aku pada masa silam. Pada waktu tu aku berfikir "muka dia ni sama dengan sape ea?" Teruk juga aku mengimbau, flashback punya flashback aku berfikir "Damn, kalau ada mesin masa Doraemon mesti takde la sesusah nie"

Akhirnya aku malas berfikir... Namun semalam sewaktu bercerita kisah silam dengan member-member aku, baru aku tersedar dia mengingatkanku pada siapa..

Ya.. Pada wardenku... Pada warden yang pasti akan mendapat tangga tercorot dalam undian Anugerah Warden Popular di sekolahku..

Pelajar itu adalah *Jeng2!!!, plus bunyi drum* Say-O *sound effect bunyi kilat*!!!! Maaf, nama sebenar beliau terpaksa dirahsiakan untuk mengelakkan beliau didera rakan-rakan sekolahku yang membaca blog nie.. *Beb, ade org bace ke blog ni??* Hantu betul r ko ni, tak reti-reti nak blah ke?? Kau tengok tu, comel je orang yang tengah bace post aku ni...

Adakah beliau ada bau-bau petai dengan warden tersebut... Itu masih dalam penyiasatanku...

Dah rasa macam balik sekolah dah, tiap-tiap hari jumpa warden.. Tapi bezanya sekarang, dia dah tak boleh denda aku pumping kalau aku tak pergi surau lagi dah... Sebaliknya aku yang boleh denda dia..

Owh cikgu, di manakah dikau?? Di saat ini hanya Say-O yang menjadi talian yang menghubungkan ingatanku denganmu.. *Bro, lu pehal?? Cam gay je aku tengok* Kalau rase nak kena langgar dengan lori sampah, kau cakap la lagi!!!!

Namun benar, aku pasti merindui beliau. Tatkala bangun pagi akibat dikejutkan nyanyian Say-O yang memekan tu, aku terbayang dulu cikgu tu pernah kejut Subuh walaupun dengan cara yang lebih brutal.. Bila Say-O datang ke bilik untuk main game, aku terbayang warden tersebut datang buat spot check..

Tapi walau macam mana pun, aku masih merindui zaman sekolah yang tak banyak assignment tu. Tak payah nak daftar kursus online dan tak payah nak beli makanan waktu malam. Dan ingat la beb, tanpa cikgu-cikgu dulu, kite takkan sampai ke sini... Tanpa warden yang marah-marah tu, mesti ada yang dah jadi cam adik beradik Ptuih!, Helium dan Maseh Dara. Mintak simpang laa...

P/S: Happy Belated Hari Guru... Jasamu kukenang... Post ni adalah tribute untuk cikgu-cikgu sekolah yang telah mendidik kita dan tak pernah lupakan kita... Juga tibute untuk Say-O yang memeriahkan lagi DOT... Hehehe, kau jangan kecik ati pulak... Maaf la ea...

Daaa... Have Fun..

2 comments:

Anonymous said...

muka say o mmg mcm warden pown..cekgu dsiplin pown seswai gawk kn?? x pown mcm pnjaga zoo sebab kenan muka garang harimau...hahahaha sorry say o,komen ikhlas tau...tapi kn,say o sngat baik ncaring psal kwn2...wa tabik sama lu say o...hikhik
hidup say o!!

Anonymous said...

lol
patot r naz time awal2 sem cm takot2 ja tgk say-o..
siap rasuah game ag..
wakakaka