Sunday, November 2, 2008

Saya Rindu Anda Semua!!!!!!!

Alamak!!

Stat je musim exam ni, muka comel junior2 aku pn semakin menghilang ibarat biskut Marie yang telah dilarikan oleh monyet masuk ke dalam hutan UKM yg blm prnah diteroka oleh Christopher Columbus mahupun Sinbad.

Papepn bkn nk cite psal Christopher Columbus mahupun Sinbad ataupun berkenaan hutan UKM yg dihuni beruk2 itu.

Ya. Saya mahu bercerita pasal diri anda. Tadi baru blik meeting. Saja suh Nana wat meeting pggil smua sbb nk sgt muka-muka comel korg. Last2 yg dtg say-o dan set-set engineer masa dpn. Yg pmpuan plak Bujang Lapok versi pmpuan r (Ayu, Zai, Yana). Owh xlupa jgk gandingan Palie dan Mat. Mereka mmg setia bersamaku, ak terharu wlpn ak slalu kondem si Palie. Hahaha.

Persoalannya, mana yg laen? Adakah punggung mreka tlh mghsilkn akar yg mncgkam trus ke dasar lntai blik mnyebabkn mereka tdk bleh kua blik dan boleh mmpu menjana makanan melalui fotosintesis (xpyh ke kafe r mksdnya). Entah la, bleh ke manusia mnjadi tumbuhan? Hanya Agent Mulder dan Scully yg leh siasat bnda 2 (dari cite X-Files r).

Pepepn kehilangan mereka ni tidaklah kronik seperti kehilangan kanak-kanak yg berleluasa awl tahun ini dan memrlukan repot polis. Jgnkn polis, pak guard UKM pn bg penyepak kalo korg melaporkan kehilangan mereka ni. Owh, sebelum tu, izinkan saya lampirkan muka-muka yang sudah lama tidak dikesan dari pandangan mata kasar saya. Kalau pakai mikroskop tak tau r leh nampak ke tak tp aida najwa leh je kot.. Hehehehe

Kali terakhir dilihat berkeliaran di depan DECTAR bersama roomate beliau....

Kali terakhir dilihat berkeliaran di depan Dectar juga bersama roomate.

Kali terakhir dilihat mengorat Ijan masa sketsa hari raya.

Kali terakhir dilihat masa melantak di kafe beberapa minggu lalu.

Kali terakhir dilihat masa kat kafe juga, tapi beliau berjalan ke tempat lain.

Dah tak ingat beliau kali terakhir dengan beliau.

Kali terakhir dilihat membeli makanan di KTHO untuk melantak di bilik.



P/S: Lagi seorang adalah Opah Zati. Gambar beliau gagal ditemui sebab masa zaman beliau dlu kamera tak cipta lagi...


Mereka ini tak boleh dikelaskan sebagai MIA sebab MIA tu Missing in Action, diorg ni Action ke?? So adakah mereka telah diculik alien?? Yang peliknya, kalau diculik alien, ym diorg still bleh online. Takkan wifi jaring pun ada kt planet alien 2?? Mesti no connectivity kan kt sna?? Kalau mereka ini bersembunyi akibat malu, mungkin juga. Tapi nak malu apa sangat?? Kalau setakat jerawat batu kat muka 2, tak kisah laa... Seperti kata pepatah 'biar jerawat batu hinggap di muka, jgn batu betul kena baling kt muka'. Atau adakah mereka ni sebenarnya superhero yg bertungkus lumus d waktu malam. Jadi waktu2 peak hour ni diorg mengumpul tenaga utk menyelamatkan orang. Kalau betul la, memang x efektif betul mereka ini. Jelas, jenayah masih berleluasa, nk kena harapkan geng-geng Gerak Khas juga. Semua kemungkinan telah dianalisis dan direject, jadi apakah jalan penyelesaiannya??

Justeru, langkah yang paling simple adalah memanggil mereka ini ke ruang yang boleh dilihat dan bersembang. Hahahaha, bukan pe juz missing da good old days. Bila aku ckp missing 2, korang jgn la missing lagi pulak. Even kalau boleh berjumpa jap, sembang-sembang dalam 5 minit kite semua dh dapat tau banyak benda dah dari kawan kite kan??

Bukan la nak paksa korang semua tiap-tiap hari kua sembang, even dari blog ni pun kite leh interact gak kn? Ak dh letak shout box utk masing-masing meninggalkan kesan.

So kesimpulannya, jangan hilang-hilang, rajin-rajin r berhubung. Gunakan blog ni dgn sebaik mungkin. Aku akan kembali dgn post yg lebih relax pasni sbb xnk semua tensen2 sgt dgn paper yg melambak2..


Adious.


P/S: Sape-sape ada post yang nak submit untuk blog ni leh r berbuat demikian dengan menghantar email ke teaterkdo@gmail.com..

1 comment:

Anonymous said...

oiceh..
aku slalu ja jmpa opah...
siap mntak aku blanje ag..
palie da tejerat da r..
wallet aku,save ag..
wakaka