Wednesday, April 14, 2010

Apa itu Teater - Korus @ Randai

Ini permintaan Wann. Dia minta diterangkan sedikit tentang korus atau randai dalam bahasa Melayunya. Sebenarnya istilah korus ini sudah lama digunakan dalam setiap produksi tetapi kita sering memandang remeh akan korus.

Apa itu korus?

Korus bukanlah seorang pelakon. Korus hanyalah perlambangan. Contoh yang paling jelas adalah Choir Babes dalam Antara Dua Darjat. Ada atau tidak ia tidak akan menghalang perkembangan jalan cerita ini. Namun simbolik kepada kehadiran korus itu hendaklah dikupas oleh pengarah dan penonton.

Kewujudan korus di dalam Antara Dua Darjat adalah simbolik kepada perasaan watak, yang mendendangkan lagu dengan sayu. Jadi kita tau kewujudan korus adalah simbolik kepada kesedihan watak utama pada masa itu. Simbolik korus membawa lilin adalah simbolik kepada cinta watak utama. Dengan pemergian Sara, Zaleha, bertindak memadamkan sendiri lilin menandakan tidak akan ada lagi cahaya cinta di dalam dirinya. Serentak dengan itu, korus bertindak menjatuhkan badan mereka meneguhkan simbolik tersebut.

Simbolik.

Suatu pergerakan korus akan menjelaskan banyak perkara di dalam perjalanan teater. Pergerakan yang mudah akan membawa simbolik yang berbeza.

Korus boleh mewakili pelbagai benda yang berbeza. Seperti yang telah ditunjukkan di dalam Antara Dua Darjat, korus melambangkan penderitaan Zaleha. Perasaan Zaleha.

Korus juga boleh menjadi alam sekitar yang menderita akibat tercemar. Korus juga boleh menjadi benda.

Kewujudan korus tidak akan mempengaruhi jalan cerita, namun korus bertindak sebagai pengukuh kepada perlambangan yang menegakkan tema sesebuah cerita.

Korus bukan suatu yang mudah difahami oleh newcomers. Aku juga belajar sendiri mengenai korus.

" Memanusiakan manusia melalui budaya teater. "

Jika ada soalan, bolehlah terus penuhi ruang komen.

Fin.

9 comments:

wann afzan™ said...

owh..
so pemakaian korus ikut mende yg diorg bwk la?
maksudnye mcm antara dua darjat pkai baju putih je..(tp sy x sure ianya melambangkn pe)....
then klu die mewakili kesakitan alam sekitar, pkai hijau2 org x kesah?

Anonymous said...

makna perlambangan korus boleh ditulis dlm skrip?

Nazrin Saad said...

kostum dan pergerakan korus semua bergantung kepada tafsiran pengarah.

skrip adalah kanvas untuk kita bercerita, walhal korus adalah suatu perlambangan di dalam cerita. justeru tidak perlu ada di dalam skrip.

p/s : kenapa korus dalam antara dua darjat memakai kostum putih?

wann afzan™ said...

tu la soalan sy..
ade lambang pape x?

say- O said...

nak tunjuk kesucian cinta diorang kot.
yang pasti, dot takda duit banyak nak buat baju lawa2 dan seragam.haha

Nazrin Saad said...

itu yg aku cuba sampaikan.

simbolik. kalau ada, apa yg cuba pengarah sampaikan. sebagai penonton dan produksi kita kena fikirkan.

kita boleh tafsirkan itu sbagai cinta, perasaan.

kalau lebih dalam, orang boleh menafsirkan itu adalah angel. di mana zaleha mahu bunuh diri dan angel itu datang mau membawanya.

bergantung pada penafsiran. setiap yg dipakai dan dilakukan korus patut ada perlambangan. bergantung pada seseorang untuk mengupasnya ke arah mana.

jika sama dengan pengarah, maknanya pengarahan itu telah berjaya.

wann afzan™ said...

hurm..
susah jgk klu xtau pasal korus nih..
lagi, ape yg penting??

Nazrin Saad said...

carilah lagi.
kalau nk, byk yg boleh belajar.
aku belajar bukan dengan nota dan bimbingan, tapi dengan pengalaman.

wann afzan™ said...

baik!