Friday, June 25, 2010

Memoirs of N - Perancis vs Brazil

Hari ni N bukan di rumah. N di sebuah tempat lain selain rumah. N di Subang Jaya. Arghhh, menderita gila naluri N. Sekarang dah la musim World Cup. Nak pula pagi esok ada perlawanan pasukan fevret N, Perancis melawan Brazil.

Matilah Perancis malam ni. Brazil ada Ronaldo, Ronaldinho, Kaka dan Cafu. Perancis apa ada? Tapi menang hari tu 3-1 dengan Sepanyol penuh dengan gaya. Semua gol counter dari Zidane, Vieira dan Ribery. Dalam diam N menaruh harapan Perancis akan mampu membuat kejutan.

Sebab dalam dunia, keajaiban selalu berlaku pada masa yang kita paling tak menjangkakan. Macam bintang yang selalu bersinar pada masa yang paling gelap.

Habis saja tengok Espn di ruang tamu, N naik ke bilik tidur. Kena tidur awal, esok hari penuh makna. Esok hari yang bakal mengubah hidup N.

Esok N nak daftar masuk UKM.

to be..

Sunday, June 13, 2010

Ke Mines Bersama Nur Kasih



"Gua : Tak takut hantu ke?
Nur : Jangan sebut arghhhh!!!!"



Hari ni gua dan Ijan sangat bertuah. Gua dan Ijan diberi peluang untuk keluar bersama Nur Kasih ke Mines. Panggil saja dia Nur. Perjalanan bermula dari KTM UKM - KTM Serdang - Mines.

Eh, kenapa panggil dia Nur? Mari kita tengok peristiwa feminin beliau.

Baru hari ni gua berpeluang melihat ladies coach yang hangat diperkatakan di kalangan rakyat Malaysia yang prihatin. Tapi yang peliknya, ada juga coach perempuan tapi makcik-makcik dan seorang dua anak gadis tu gua tengok nak juga berebut masuk coach campur?

(Gua tak salahkan lu, Ijan. Betul.)

Sampai saja di Mines, kami disambut meriah oleh Nur. Tanpa melengahkan masa, Nur terus menggesa kami bergerak ke Sushi King untuk menjamu selera.

Sementara gua dan Ijan tengah menunggu hidangan masing-masing tiba, 6 piring sushi telah dihabiskan oleh Nur. Lapar katanya.

"Korang tunggu lambat lagi ke? Nur pergi beli tiket dulu ye?" kata Nur sebelum bergerak membeli tiket Karate Kid seat paling depan dan hujung. Gua dan Ijan sempat juga komplen, namun tak sampai hati setelah dia cakap "Alah, Nur nak tengok sangat cerita ni."

Perjalanan diteruskan ke kedai CD game. Sini, sifat feminin Nur jelas terserlah. Sampai saja ke kedai DVD, dia bergegas mencari koleksi Yahoo! Games dan Tycoon. Gua pun kurang jelas game tersebut. Namun ketika Nur gelak-gelak comel ketika memegang DVD game pasti akan terus terpahat dalam hati gua. Agak kurang comel lah kalau nak banding dengan Diana Danielle.

Okay, sifat feminin Nur jelas terserlah di dalam panggung wayang. Tengok Karate Kid. Bukan tengok LBS, Puaka Batang Tebu atau American Pie. Karate Kid.

Scene lawan, ketika watak baik melawan watak jahat. Saat saspen. Nur cakap kat gua,

"Nur takut..." Mata Nur masa tu macam mata Puss dalam Shrek.

Serba salah gua dibuatnya. Nasib Nur tak menangis.

Oh. Seronoknya keluar bersama Nur. Nur, kalau Nur baca nanti kita keluar lagi ye?

p/s : nur kalah teruk main benda yg tolak-tolak tu. gua pun tak tahu apa. nur juga pandai buat mimik pipi dengan ilham sebuah trailer kartun yang dilihatnya. comel sangat NUR!!!

Nur Memilih DVD Game.



Fin.

Saturday, June 12, 2010

satu hasrat satu semangat

pc games merupakan salah satu perkara biasa bagi remaja sekarang. sama laa macam handphone, laptop dan mp4. maybe diorang download game2 tu dari internet guna idm. atau beli cd game macam say o.

antara game yang dah dimain oleh say o dan arep, prince of persia. bila movie ditayangkan je, diorang terus berebut pergi tengok kat panggung. walaupun seorang diri. ok, kembali kepada game.

ade yang cakap, "game die best gilaaaa kot!" pastu ade pulak cakap "game je best. movie hampeh" dan x lupa jugak "game best, movie pun best! hero cayalah! action semua gempak argh!!" . komen2 tu diluahkan ketika melepak bersama kawan2, dan juga melalui sms ketika menonton POP seorang diri di panggung.

Prince of Persia

namun, setelah melantak kekenyangan di sushi king, salah seorang dari ahli dot melalui krisis benci kepada game yang nak tiru POP. walaupun dah minum yakult, dan juga usha bakal bini, beliau masih hilang pertimbangan ketika terlihat satu cover cd game. "horgh???? prince of prussia??? loser gile!!" . ahli tersebut dirahsiakan identitinya.

well, in his defense, dia terlalu kenyang ataupun dia sangat hormati POP sampai kalau ade orang lain tiru POP, beliau bakal mengamuk seperti itu. betul2 depan cover cd yang x bersalah tu. dan depan pemilik kedai tu juga. owh, inilah cd game yang difitnah beliau.

Rise of Prussia

sekian~

Friday, June 11, 2010

Spanish Lullaby

Hari ni ada Hari Keluarga di Kolej Dato Onn. Macam biasa D.O.T pun menyibukkan diri untuk menjual pelbagai jenis produk seperti murtabak megi, soda gembira duniawi dan tak kurang juga yang menjual kecantikan diri sendiri.

Oh ya, corn-in-cup menggunakan taktik perniagaan yang baru, sekarang dengan extra cabai. Gua pasti jualan corn-in-cup akan membatasi jualan murtabak megi pada tahun ini.

Untuk informasi tambahan, tahun ini KDO mengadakan aktiviti baru. Chef Besi! Gua tau tajuk dia agak mencilok nama program di televisyen, tapi biasalah cilok-mencilok. Macam AF.

Agak menarik juga aktiviti ni, sesiapa saja b0leh join dan masak apa saja dalam masa 15 minit. Juri akan merasa makanan setiap peserta dan jika juri keracunan makanan, team portable Bulan Sabit Merah KDO disediakan.

Gua juga nampak ada khemah baru di hujung sana. Jual keranda. Just in case.

Ramai ahli D.O.T terbakar dan membara nak join. Tak cukup bulu hidung nak bilang.

Lepas dengar saja Chef Besi, Wann terus hangus membara. Dia yang berpegang dengan konsep Kuku Besi ingin meluaskan lagi empayar D.O.T. Dengan kediktatorannya, dia rasa tahun depan dia dapat kuasai KDO pula. Wann pon join.

Say O dari pagi tadi semangat gila turun pasang khemah, alatan masak D.O.T bagai. Wangi kot Say O. Entah berapa gelen bedak dia pakai hari ni. Tiba-tiba dia pun join Chef Besi. Gua memang musykil. Tak kan nak masak air saja kot Say O ni?

Oh. OK. Gadis Tebu buka gerai di khemah sebelah. Besarnya.. Tebu.. Err..

Oh, ada pasangan duet dari D.O.T. Eh, seperti tri-et. Tapi, Yuyu tengah tidur. Tak dikira. Ijan dan Wawa juga join! Gua rasa pihak penganjur kena rendahkan meja masak sedikit. Takut ada complaint nanti kalau tak menang. Mungkin kena tambah cabai lagi.

Leha juga masuk! Tapi gua rasa dia tengah cari publisiti disamping kalau-kalau dapat pakwe yang sedang menonton dia masak. Dia upah ane masak sambal. Siap pasang TV LCD lagi. Ada cop "Mapley" pula.

Shira dan Daia juga masuk. Gua tak pasti diorang nak masak apa. Tapi gua rasa diorang cuba mempersadakan resepi murtabak megi D.O.T. Lagi pun gua rasa itu saja yang diorang reti masak. Selain masak air guna cerek eletrik.

Tak lain dan tak bukan, Ismeth. Dia dah lama bertenggek dekat khemah Chef Besi. Gua rasa dia ingat ni khemah makanan buffet. Sebab tu dia sign-up tadi. Tapi. Dah join. Nanti kita lihat macam mana dia perform.

Ahli-ahli D.O.T yang lain tak dapat join. Sibuk dengan gerai D.O.T, ada yang sibuk mencari jejaka, tak kurang juga yang tengah menyelamatkan dunia.

Okay, nanti gua sambung cerita bila pertandingan dah bermula. Gua nak tilik siapa yang menang juga susah. Sebab semua pun gua tak pasti boleh masak ke tidak. Kalu pertandingan makan, gua dah tak payah buat laporan dah.


bersambung...



cut.






in your own words

para jejaka, ini situasi untuk anda :

anda : hai awak..nak kenal, leh?
awek : haiiiii...boleh je..eh?mane dapat no hp sy ni?
anda : ade la...hehe...nama awak sape eh?jom jumpe?
awek : nana *nama rekaan* ...boleh je..nak jumpe katne?

ape pendapat anda tentang awek itu?

anda : hai awak..nak kenal, leh?
awek : salam..hai..jap. ni sape? mane dpt no hp sy?
anda : er..wsalam..ade la...hehe...nama awak sape eh?jom jumpe?
awek : sy tnye, awak sape? mak sy ckp, jgn ckp dgn org yg x knal. awk pun x gtau awk sape, nak ajak jumpe pulak, sory la. cr org lain, k?salam.

awek ni pulak?

para gadis, korang akan jawab cmne? and ape pendapat korang pasal laki tu?

Wednesday, June 9, 2010

Alizee

Argh! Tekanan. Bapak gua tak subscribe sports channel lagi. Barangkali gua terpaksa guna kekerasan. Esok gua sendiri koling-koling Astro.

Yeah! Go JERMAN!!..

Eh. Dem! Dah tak boleh tulis pasal bola kat sini ke?

Argh! Tekanan lagi! Gua baru semangat nak taip pasal bola. Tapi. Nampaknya gua terpaksa bergantung kepada Sokernet sajalah walaupun gua mungkin masih tak kan dapat status admin disana.

Tapi, what the heck? World Cup datang 4 tahun sekali. Dan tahun ini datang pada semester 3.

Gua tak tahu lah. Tapi macam tak banyak aktiviti ahli D.O.T buat pada season sem 3. Dan gua tak dapat join kalau ada aktiviti pon.

Worldcup juga barangkali sempat habis sebelum mula Tahun 2 nanti untuk gua. Apa salahnya berperang tentang Worldcup disini oleh ahli D.O.T? Masih cerita D.O.T, oleh ahli D.O.T sesama D.O.T.

Well. Cuma pendapat. Nanti gua join blog baru yang dikenalkan tadi. Perang kem masih berterusan.

Maaf, gua busy sedikit sekarang. Player dan manager team Jerman baru sampai pejabat gua tadi. Nak confirm player mana dapat julang piala Worldcup 2010 nanti.

Penyokong Sepanyol masih sempat tukar kem ke Jerman, tak kurang juga Itali, atau Holand. Saudi Arabia secara automatik sokong Jerman sebab hutang minyak.


Go Go Deutsch!


cut.

Diana Danielle

Okay. Pergi matilah dengan poll.

Gua dengan ini respek pada keputusan minoriti. Kerna tanpa minoriti, tak terbentuklah majoriti. Dengan ini, gua mengumumkan tiada sebarang penulisan mengenai World Cup lagi akan dibuat di sini.

Tapi kem World Cup akan terus dibuka, just for fun.

Untuk Say O dan Arif, kalau mahu lagi menulis pasal World Cup sila join blog ini. Aku akan hantar emel minta approval korang kalau korang nak.

World Cup'10

Kalau nak menganjing, merapu pasal Piala Dunia boleh buka blog ini. Aku akan link kat sebelah. Kalau tak nak menulis tapi nak merapu dan hapdet Piala Dunia pun boleh.

p/s : kalau tak suka penulisan di sini, speak it out loud. entah kenapa aku hangin gila dengan 'xnak dikenali' dalam shoutbox di sebelah. ada orang kritik aku boleh terima sebab dia jujur dan berani. kecuali kau, xnak dikenali.

P/S : I Love You

Takut sangat ada yang kata ada certain kumpulan yang memonopoli blog dan menulis tentang hal kegemaran mereka sahaja.

Jadi poll sebelah dicipta.

Piala Dunia sangat best. Lagi best dari menonton Brokeback Mountain.

Tapi paling best jika ditonton secara berjemaah.

Okay, tak MUNGKIN kita dapat menonton Piala Dunia secara berjemaah. Oleh sebab itu, entri Piala Dunia ditubuhkan. Boleh berbincang pemain mana paling kacak, boleh menganjing Itali kalah (What UP, Leha?!) dan sudah tentu boleh bergelak ketawa dalam fantasi kita tengah enjoy Piala Dunia bersama walaupun hakikatnya kita berada jauh.

Kenapa dalam blog DOT, bukan blog sendiri? Well kalau blog sendiri, gaduhnya tak best. Sebab seorang penulis sahaja.

Fine.

Ada yang minat. (Aku, Say O, Arep...............?)

Ada yang tak minat. (Hazal, Ijan)

Ada yang minat pemain kacak. (Leha saja)

Ada yang ikut angin monsun. (Gf/Bf minat, dia pun ikut minat)

Ada yang perut macam bola. (Aida Najwa, eh, silap. Itu pipi.)

So jawablah poll di sebelah. Kalau ramai yang membangkang, 3 entri di bawah adalah entri Piala Dunia terakhir dalam blog ini.

Hakikatnya entri Piala Dunia dibuat supaya semua boleh buka dan gelak-gelak sebab perangai kebudak-budakan kita di sini. Macam selalu. Amacam?

Mari bergelak, mengata dan mengeratkan silaturahim di musim bola sepak ini. Yang dah ada pasangan pun boleh join!

Aku akhiri dengan video menarik.



Ya, Say O. Aku reti embedded video Youtube. Nanti aku ajar kau.
Oh, dan ya. Gol ini lagi menarik dari mana-mana gol Ballack. Awwww, SNAP!!

P/S : I love you.

Fin.

Monday, June 7, 2010

Viva Espana!

Bukak je blog DOT, dah ada 2 entry pasal world cup!! WaTerFall! Ingat main2 je yang sembang kat BBB Tomyam, rupanya...xpe, seronok tulis pasai benda yang kita suka. Hahaha, teruskan membaca.

Rasanya semua memang maklum tahu yang aku support sape? Pandai... aku pen- support tegar La Furia Roja a.k.a Spain. Mau x gitu, tiap2 hari main PES guna Spain, kuar g Mines pakai jersey Spain, poster kat dinding pun Spain..kalo boley nak kawin ngan pmpuan Spain jugak ah!

Sebab utama aku support Spain? tengok video ni,




Juga pernah aku tanya kawan2 pmpuan time Euro dulu,
"Piah, hang sokong sapa Euro ni?"
"hah apa lagi wei..Spain la..kan Siti?" sambil melihat Siti.
"Awatnya hang minat Spain?" padahal dalam hati dah syok, ada fan bola gak pmpuan2 skang.
"Sebab depa semua ramai hensem."

Oh...memang boley gak r...ramai gak hensem. Antaranya,


Si Kacak


Si Bergaya

Si Macho

Semalam aku kaji pasal Illuminati, cari punya cari aku jumpa satu file sulit. Tajuk besar dia: Menguasai Dunia- Bahagian Sukan. Berdebar- debar aku baca, mana taknye, kalau pasal Illumniati musuh dunia ni selalunya benda2 buruk. Aku bukak lagi, cari lagi..jumpa subfolder Football.

Oh sudah..takkan sampai bola pun diorang nak control? Tak cukup lagi ke dengan ekonomi, politik, hiburan?

Baca lagi..ada 2 bahagian yang menarik minat aku. Dalam bahagian "Penentuan Juara2 Bola Euro", ada tercatat dalam plan diorang, nak jadikan Spain juara untuk Euro 2008!
......Damn! Spain memang juara pun! Peluh sejuk mula membasahi dahiku. Tengok pulak bahagian "Penentuan Juara2 Bola Piala Dunia", jumpa nama Spain lagi champion 2010.

Hahaha, aku tersenyum lega. "Bagus, bagus pakcik2 illuminati sekalian. Yang ni memang aku x bantah korang nak buat."

So, aku nak cadangkan pada sesiapa yang masih takda team nak support tu, jangan susah2 pk..support team abang2 kacak macho bergaya ni, konpem korang pun kacak macho juga bergaya.

Pastu bila aku tengok bahagian nota kaki penulis dalam file Illuminati yang aku bukak tu, aku jumpa satu gambar, dengan ayat "Nice~!" kat tepinya.



ceh, patutla..





Go Go Deutsch!

Demam FIFA Worldcup semakin panas. Gua dah selsema teruk sebab lupa makan ubat yang physio bagi tempoh hari. Lagi berapa hari ya?

Oh dem! Dah lost count.

Tak mengapa. Sebab bapak gua tak subscribe sports channel lagi, maknanya lambat lagi lah tu.

Dengar cerita ini minggu pengenalan kem negara masing-masing. Sebelum demam FIFA Worldcup masuk ke peringkat kritikal, adalah baiknya kita mendaftar di kem masing-masing untuk mengelakkan kejadian 'lompat parti' bak kata ahli politik Malaysia.

Dari peminat tegar negara Sepanyol, hingga ke penyokong negara angkat, sebab Malaysia mahupun Nepal tak dapat join main sebab tak lulus MUET versi Afrika Selatan, tapi kita sama-sama ke Afrika Selatan nanti.

Gua rasa UKM ada buat pakej bas Kiffah ke Afrika Selatan sebab nak kembangkan sayap bas Kiffah. Disamping elak cukai kot.

Gua pun nak buka kem negara juga. Tuan rumah FIFA Worldcup yang lepas. Siapa tak kenal bukan?

Germany atau bahasa melayunya Jerman.

Kenapa gua sokong Jerman?

Sebab untuk menunjukkan gua menyokong Green Earth dan di Jerman ada ni.


Slain tu. Team Jerman ada dia ni.

Tapi sayangnya dia injured sebab terjatuh dalam loji najis semasa main polis entri beberapa hari lepas. Kesian.

Tapi macam mana pun. Gua sokong Jerman juga. Perang kem bakal bermula. Sayangnya Malaysia tak dapat join sekaki dengan Jerman. Kalau tidak barangkali Malaysia ada chance nak menang.

Belum main belum tahu siapa bakal memegang trofi emas tu. Tak mustahil kan?

Akhir kata.



"go go Deutsch!"



cut.

Off to Cape Town

Masa : Liverpool vs Chelsea
Tempat : Kajang.
Situasi : Chelsea baru menjaringkan gol.

Lagu boria. Tengok henset.

"1 Message Received"
"Aida Najwa"

Message :
Drogba, pakwe Ilya buat gol.


Badan petak. Mulut lebar. Dan pakai blazer. No wonder Leha jatuh hati.

Kali ini World Cup di Afrika Selatan. Wah, tempat lahir Nelson Mandela. Mesti ramai yang kenal. Awesome guy aint it?

Tapi bosanlah nanti blog DOT masa World Cup. Maka marilah kita bersama-sama memeriahkan World Cup dengan membuka kem negara masing-masing.

Say O dengan yakin akan membuka kem negara Sepanyol.

Leha mungkin terpaksa memilih antara Korea Utara dan Korea Selatan. Tapi bias sikit pada Korea Selatan sebab Korea Selatan ada Rain. Damn.

Aida Najwa, tahukah Lionel Messi punya susuk tubuh yang pendek? Jadi anda boleh ikut Argentina.

Dan Wann, sorry, World Cup kali ini tak ada Saudi Arabia.

Jadi welcoming the festival. Mana-mana yang nak menulis pasal Piala Dunia dialu-alukan. Seronok juga bergaduh pasal negara angkat siapa yang akan menang. Dah lama tak rasa menganjing pasukan yang kalah, dinganjing pasukan yang menang. Eh, silap. Itu dah selalu.

Jadi, pasukan manakah pilihan anda?

Aku? Since Say O dah cop Espana, maka aku terpaksa ambil ni.


Fin.

Saturday, June 5, 2010

....Putera Parsi!!

Gua jeles beb. Gua jeles gila ngan beberapa orang yang kuar tengok wayang hari ahad lepas. Sebab apa jeles? Sebab kuar ramai2 la, bukan senang time short sem ni. Pastu siap karok lagi. My God, memang dah lama aku nak karok ngan korang. Tapi takpe, gua bukan jeles buta je, sebab time tu gua ada kat JB bagi susu kat awek2, pakcik2, makcik2, bangla2 cleaner juga pakgad2 yang tamak.

Balik sini, gua plan siap2. Gua nak tengok jugak movie tu. Sebab apa?

Semua 5 game dia gua dah main dulu-dulu. Habis je setel yang 3rd punya, gua dah berangan kalau2 game ni masuk movie..paling dahsyat gua nak movie dia se-best LOTR. Alhamdulillah..by God's willing, impian gua jadi kenyataan.

Biarpun dah lambat seminggu, gua tak kesah, tengahari tadi jugak gua pederas motor g Mines.
Beli je tiket, terus g makan, then masuk terus pintu nr 3. Memang ramai, sampai seat dua depan je yang kosong. Laku jugak movie ni.

Start je 3 minit, gua dah excited. Entah kenapa gua hantar msg "Damn lawa sial prince of persia" kat UkmAbgNaz. Dia balas. Lagi 10 minit, gua hantar lagi "Lawan dia best gila". Dia balas lagi. Lagi 10 minit, gua mesej lagi "Tamina muka macam Opah". Dia x jawab. Lagi sejam 20 minit, gua mesej "Best gila prince of persia". Gua tak harapkan dia jawab kali ni. Haha, kesian kat dia. Kena layan mesej2 excited aku.

Sincerely, innocently.... kenapa gua suka gila dengan movie ni?

sebab pertama,




Costume hero sama. Gua kalau movie adapt dari game, gua nak watak2 dia x ubah, paling kurang pun ubah kostume sikit2 je. Gua rasa macam nak sepak je director2 movie Dragon Ball, Street Fighter Legend of Chun Li juga Resident Evil. Prince of Persia? 95% sama...yeah!


Sebab 2,



Action dia best. Lawan dalam movie boley kata very good, xda la sampai level Ip Man 2. Tapi gua melopong beb bila tengok Prince Dastan lari2, lompat2 bangunan, wall running, sliding..arggh!! Gua rasa macam tengah tengok orang main game je!

Storyline memang ubah , tapi x lari banyak dari game. Skrip memang simple, takda yang belit2 macam Shutter Island. Kelemahan ada kat background story rasanya. Main kat Iran tapi semua European? Cakap English? Tulis Arab? Der, kalo lu nak tengok movie yang betul2 clean, ikut background sejarah, lu tengok Apocalypto la. Ni video game bro..dalam game pun hero muka European, cakap English. Gua tak kisah semua tu, hahahaha!

So, sesape yang tak tengok lagi, gua sarankan g la tengok KAT WAYANG. Donlod tu hanya accepted bila semua panggung wayang kat Malaysia hancur kena bom. Hahaha.

Skang ni gua excited tengok balik video2 game dia yang gua dah setel main dulu2. Saja, nostalgia.
Harapan gua? Gua nak director, producer ngan semua yang terlibat abaikan kritik2 yang tah pape cakap movie ni ngarut, buat sekuel dia. Even critics2 tu claim movie Resident Evil ngan Iron Man lagi best? Buta ke apa.

p.s
sorry banyak2 kalau korang rasa aku menyemak lagi. Aku excited/ kecewa/ hairan gila baru2 ni. Hahaha.

Dunia Baru

Akhirnya, blog DOT berevolusi juga akhirnya. Terima kasih untuk Wann Afzan. Ini layout pilihan beliau. Header akan dibuat baru.

Memerlukan komen-komen tentang layout yang terbaru. Jangan malu jangan segan. Kalau anda komen muka anda memang macam pelakon Korea.

Tapi Leha dah Korea sekarang. Damn.

But its cool huh, padre??

Fin.