Saturday, December 25, 2010

Aku x Tau nk Bg tajuk Apa

2009 : yoshiki - without you




2010 : tong hua



MEfeK dh dekat. Lagu kt ats ni ada ketan dgn MEFeK. Sj nk bg hgpa cuak skewt pasai MEFeK. But not really...

p/s: tribute to say 0 xtuly...(aku straight, dh ada...ijan, pinjam ayat ang ye)

This is My Story. This is My Legacy.

Nama gua Muhammad Arif Farhan Bin Abdul Rani.

Buat pertama kali muncul di khalayak ramai di sekitar kawasan berdekatan Kolej Dato' Onn pada tahun 2009. Melakukan kemunculan pertama di depan segenap masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia pada 17 Ogos 2009.


Pertama kali berlatih bersama-sama dalam Teater Dato' Onn di bilik Zamrud.

Tika suatu masa gua dianggap kayu besi dalam seni tarian dan Ismeth sentiasa di tahap lenggang Dato' pada mata dan hati abg Vee.

Design baju boria yang direject sekeras-kerasnya oleh abg Vee. Penat Leha jahit tak tidur malam.


Pada 4 Oktober 2009, gua melakukan kemunculan kedua dalam arena teater di Panggung Seni, UKM. Gua cuma memegang watak minor yang tidak kurang pentingnya dalam menjayakan flow drama berkenaan.

Dan sekali lagi Ismeth mencuri tumpuan semua penonton serta juri di dalam Panggung Seni mahupun semasa postmortem di bilik Kebudayaan apabila beliau melakukan scene 'pantomime' tapi dalam skrip drama itu tak pernah-pernah ada scene yang beliau ketengahkan itu. Improvisasi kata beliau.

Maaf. Gua tiada koleksi gambar untuk event itu.


Sekitar bulan Januari 2010, sekali lagi gua melakukan kemunculan untuk kali ketiga, kali ini dalam teater berkonsep muzikal. Gua memegang watak jejaka cina.

Ya.

Bukan korea, bukan jepun, tapi cina. Gua rasa dengan mekap yang dikenakan pada muka gua, gua yakin 98% hadirin yang menonton percaya gua memang orang cina.


Draft pertama baju gua direject sekeras-kerasnya atas dasar kulit badan gua terlalu cerah sama warna dengan baju.

Ini bukan jejaka cina. Ini gua. Serius bai.


Sekitar hujung bulan Mac 2010, gua sekali lagi terlibat dengan persembahan teater terulung pernah gua sertai. Jalan cerita terbaik yang akan gua kenang selamanya. Cukup cuma terdengar lagu tema Rule of Rose menyebabkan gua terasa untuk menari sepertimana di dalam scene teater itu.

Memori dalam produksi kali ini tak kan gua lupa. Ia mencetuskan fenomena hingga pihak atasan Nobel price terpaksa cancel nama calon tahun itu sebab ragu-ragu mereka cukup layak berbanding krew produksi Love Suicide.

Untuk rujukan bergambar, sila klik sini.



Untuk semua kerja keras itu, apa gua dapat? Gua tak pernah dapat apa-apa award. Gua tak pernah dapat apa-apa pujian juri. Mahupun penonton sekalipun tidak pernah mengingat nama gua.



Tapi, ini yang gua dapat,








Gua dapat kenangan-kenangan indah. Gua dapat apa yang sebenarnya ditafsir Famili oleh hati dan bukan mulut. Semua ini tiada tanpa pengorbanan ikhlas dari semua orang, semua famili gua.


Oh ya, beberapa hari lepas, semasa gua tengah menunggu seseorang di koridor, ada seorang mamat ni tiba-tiba tegur gua.

"Kau masuk iCAF tahun lepas kan? Kau belakon untuk DOT eh?"


Gua tak pernah bawa nama gua. Gua sentiasa bawa nama DOT dalam setiap produksi yang gua pernah terlibat. Orang akan sentiasa ingat gua sebagai pelakon dari Dato' Onn's Theater.


Gua pun tersenyum,

"Aku lead actor untuk DOT time tu."



cut.

Friday, December 17, 2010

Por Que?

Aku menggunakan sepenuhnya kebebasan bersuara yang dipraktikkan dalam negara-negara demokrasi pada blog ni. Kalau tak tahan, minta tutup sebelah mata.

** bukan untuk bacaan golongan lemah semangat dan lemah jantung serta perempuan-perempuan mengandung kecuali Ismeth.

***

Sepertimana yang sedia maklum sudah berkurun poll ni ada kat sebelah. 16 orang saja yang mengundi. Dulu masa mengundi Dotters paling hot banyak pula mengundi. Gua jadi musykil tiba-tiba. Mungkin korang ada buat sesuatu untuk jadikan undi korang rosak.

Optimistik.

Tanpa melengahkan masa gua tulis apa yang gua nak tulis dalam bentuk point form bagi menampakkan ketegasan ala-ala cikgu sikit.
  1. Hal Ehwal Agama dan Sukan : Apa yang aku fikir pun aku tak tahu. Penulisan dua benda ni sangat tak praktikal di dalam blog teater. TAPI jika ada penulis yang mahu memberikan pendapat di dalam dua benda ni boleh saja berbuat demikian. Tapi sila jangan copy paste dari note FB atau blog siapa-siapa. Dan jangan bersifat terlalu preachy. Aku ulang. Tak praktikal.
  2. Muzik dan Movie : Ini mungkin sedikit sinonim dengan apa yang kita buat. Jadi boleh tulis. ikut suka hati korang. Tapi mesti berlandaskan prinsip bukan mahu menganjeng tak tentu hala. Gua suka menganjeng ni tapi kalau pointless tak guna juga.
  3. Aktiviti dan Cerita Fiksyen : Untuk review aktiviti ni pandai-pandai senior lah. Korang dah undi, kalau korang tak tulis nanti nampak hipokrit pula. Cerita fiksyen ni gua rasa barangsiapa pun boleh tulis. Gua tak bagi had. Cerita Say O perang dengan kuda kepala manusia pun boleh. Udah nama pun fiksyen. No limit for creativity.
  4. Hal Ehwal Teater : Hehehehe. =)
  5. Penulis : Penulis yang gua hantar mesej melalui mesej FB adalah penulis yang gua amanahkan sebagai penulis tetap blog ini. Jadi sebarang tanggungjawab menulis adalah pada hujung jari anda. Gua buat keputusan ini berdasarkan penulis 30-40 entri terdahulu.
  6. Penulis Tamu : Gua dengan Fatin. Kami tak dibayar untuk menulis, dan kami juga tak menyertai sebarang aktiviti anda secara langsung lagi. Jadi suka hati kami mahu tulis atau tidak. Kalau tulis, bagus. Kalau tak tulis, sibuk.
  7. Promosi : Gua tak kenal junior. Kenal pun dalam seminggu dua sebegitu. Jadi nak menyuruh junior baca dan buka blog ini mesti lah kerja orang yang jumpa mereka setiap minggu bukan?
  8. Pilih Kategori : Gua bagi can setiap penulis pilih kategori penulisan mereka sendiri. Setiap seorang boleh pilih berapa yang dia nak, apa yang dia nak. Demokrasi di Malaysia, gua gunakan sepenuhnya. Pilih dan tulis dalam komen supaya bukan gua saja tau, seluruh umat manusia pun tahu. Senang cakap macam lu isi kontrak dalam ni.
  9. Pelajar : Selaku seorang pelajar yang aktif dalam pelbagai bidang dan juga akademik, gua faham masa anda terhad. Mana nak buat assignment lagi. Tapi gua harap lu dapat cari masa terluang untuk tulis sesuatu dalam ni. Sebulan sekali pun boleh. Internet free, laptop depan mata. Gua merayu untuk anda cari masa terluang di samping buat assignment, projek, main FB dari pagi sampai ke pagi, tengok wayang dan sebagainya. Gua faham tahap busy anda.
  10. Gua Hensem dan Seksi : Point ni memang dah tak boleh disangkal sejak azali.

Bahasa dalam sini agak direct, kasar dan mungkin menjurus kepada pergaduhan. Aku tak kuat tapi aku ada Diana Daniele.

Jadi minta jangan gaduh dengan aku.

Sekian.

fin.

Wednesday, December 15, 2010

Saya Superstar

1, 2, 3, 4.

Stop.

1,2,3,4.

Hop.

***

Siapa tak kenal Ismeth? Seorang penari yang terkenal di dunia ini. Search saja group Ismeth Azril di dalam Facebook. Setakat ini sudah ada 2 juta orang peminat yang join masuk group ini.

Gadis-gadis muda apatah lagi, memang tergilakan jejaka ini. Sebut saja Ismeth sudah cukup untuk membuatkan mana-mana gadis pengsan. Baru-baru ini terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa penceraian Angelina Jolie dan Brad Pitt adalah gara-gara Ismeth. Walaupun kenyataan ini belum dibuktikan lagi, kehadiran Angelina Jolie datang menonton persembahan tarian zapin Ismeth di Royal Albert Hall menguatkan lagi khabar angin tersebut.

Hidup sebagai superstar memang terbukti mewahnya. Kondo Ismeth 5 tingkat tingginya di Tanjung Malim. Baru-baru ini Ismeth telah membeli Bukit Merah dan dijadikan pusat rekseasi percuma di Malaysia.

Setinggi-tinggi kejayaan Ismeth, dia tidak pernah lupa pada daratan. Gurunya, Vee sentiasa tersemat di hatinya. Ingat lagi pada zaman permulaan kerjayanya dia terpaksa lari dari rumah dan tinggal di rumah gurunya.

Hidupnya susah pada masa itu. Berkongsi makanan dengan gurunya. Berkongsi bilik mandi. Berkongsi segala-galanya.

Namun berkat usaha Ismeth, hari ini beliau megah di puncak.

***

Baru-baru ini ada pertandingan realiti tarian yang melibatkan pasangan bersaing dengan pasangan lain untuk memenangi acara itu.

Penyertaan Ismeth telah direjek sama sekali.

Ismeth pelik. Dengki sangatkah orang kita dengan kejayaan Ismeth? Walhal dia telah melakukan pelbagai jenis kebajikan di seluruh negara. Kenapa masih ada lagi yang hasad padanya?

Ismeth menoleh melihat borangnya yang telah direjek. Ismeth mengeluh.

Barangkali mereka tidak mahu orang berpengalaman menyertai pertandingan itu. Tetapi Linda Jasmin baru saja mengesahkan penyertaannya dengan Que Haidar.

Mungkin Ismeth tidak seseksi mereka. Ismeth sedar itu semua. Tapi mereka tidak layak untuk merejek Ismeth dan pasangannya.

Mungkin mereka dengkikan Ismeth, tapi apa salah Palie dalam hal ini????

Ismeth merenung jauh dan memikirkan alasan untuk diberikan kepada Palie.

Dalam keheningan itu Ismeth mendail nombor Palie.

fin.

Saturday, December 11, 2010

Pendekar Afro: Sebuah Permulaan

Slrpp.. Panas. PAK! Terpatah dua bahagian roti kering. Dicicah dengan air teh tarik laici yang panas. Sedap bersarapan di pagi yang indah.

Diluruskan kaki, niat di hati mahu merenggangkan otot yang lenguh.

PANG!!

Tenang, tanpa memandang, sepantas kilat dilayangkan sebahagian roti kering yang belum sempat dijamah ke udara. Terpantul serpihan kaca itu ke arah kastemer di meja depan. Tersadai beliau di atas pinggan megi goreng yang sudah sejuk berlumuran darah.

" Hmm. Masalah keluarga pun nak setel diluar. ", bisik di dalam hati.

Berbisik tentang keluarga, teringat pula kepada keluarga yang telah lama ditinggalkan sejak mula mengembara. Bukan sengaja mahu meninggalkan mereka, tapi apakan daya, perlu mencari apa yang mesti dicari. Akan pulang semula setelah selesai segala urusannya.

Itu janji yang akan dikotakan.

"Huh, jurus Langkah Kilat? Bukan calang-calang orang bersarapan di sini." bisik hati.

Hampir 2 saat cubaan mengusya pengguna jurus itu, tiba-tiba, terasa tenaga batin yang gelap di atas atap.

"Ah, mereka lagi. Apa yang sebenarnya mereka mahukan." berbisik lagi hati.

5 orang semuanya. 4 orang masing-masing di tepi atap. Seorang ditengah. Betul-betul di atas kepala.

"5 orang pula. Mereka fikir jumlah itu cukup untuk mendapatkan kepala orang yang mereka cari-cari ini. Heh. Nak dapat secebis bulu roma pun, belum cukup mereka bawa satu negeri pun mencari hamba." bisik hati dengan nada sinis.

Menggunakan jurus yang sama, Langkah Kilat, kini 6 orang semuanya di atas atap. Orang yang mereka cari kini berada di atas atap yang sama.

Belum sempat 5 orang tadi perasan orang yang ke-6 itu, sudah hilang nyawa-nyawa masing-masing.

Tak ada bunyi ZAS! Tak ada bunyi PIU! Tak ada bunyi BOOM!

Sunyi. Berhujanan darah turun dari langit.

Baru terfikir mahu mula berjalan semula.

"Ah, lupa. Belum dibayar sarapan tadi." sambil mula melangkah turun dari atap.

Sambil mengira syiling, terpandang orang di depan yang memegang beg plastik di depan kaunter.

" Lu pehal?! " kata orang itu dengan garang sambil membetulkan tudung yang terlipat.



tbc.

Tuesday, December 7, 2010

Wedding Dress

**Before you read through this entry ,I suggest you to PP(play and pause) the youtube video below the post first to let it stream ~~So that you can straight watch it right away afterwards.**
      

         Personally I really love this song ever since my net friend sent to me months ago.I even hope that some part of the lyrics can made into theatre's script,well,just hope . Just by imagine the story make my heart break apart .Guess I'm too sentimental huh. [T.T]

Wedding Dress by J-Reyez feat Tommy C.My favourite part in the lyrics :

This chapters done,the story goes on...
But if you believe that you belong with him ,
Promise me you won't let anyone hurt you,
Remember,
I will always be here for you,
Even It kills me to see you in that wedding dress.


Can't really get the image? Well,let watch the original "Wedding Dress" MV sang by TaeYang,who recently won the best male artist in MNet Music Festival.The dancing part may seem a little bit weird~ The korean version's also got a little bit different with the english version lyrics.
I'm not really good on story telling,so I can only share some idea through music,anyway,enjoy !


Sunday, December 5, 2010

The Legendary Cendol & Laksa

Cendol dan laksa yang sering disebut-sebut oleh sesiapa yang mengetahui tentang kewujudannya,itulah dinamakan Legendary Cendol And Laksa,Bagi "gerai bawah pokok" yang terletak di daerah UKM ini,cendol tidak boleh dipisah dengan laksa,laksa tidak boleh dipisahkan dengan cendol,mereka bagaikan kekasih, bagaikan pahlawan duo yang berperang bersama untuk mendapat tempat di hati si-pemakan .^^
Cendol biasa,cendol pulut dan cendol tapai.Anda pilih yang mana?
Kalaulah aromanya boleh dirakam dan "dipostkan" di sini,sudah tentu anda akan INGINKAN nya SEKARANG JUGA~~
Tarikan cendol boleh menyebabkan penghidap penyakit batuk sanggup memakannya dalam kuantiti yang banyak,walaupun ia memudaratkan penyakitnya.*joking XD*
Sila fokus pada makanan,dan bukannya pelanggan yang bergelar Say O' ini.
Sup laksa Special melimpah-limpah apabila dihidang depan mata anda.  XD'''
Jom kita ZOOM lagi ...Adakah ini menaikkan selera makan anda ? Laksa + cili + limau + sos otak udang(say o' yg kata)...Yumm Yumm ~~ ^,^)/
Does this bring back any memories for those who taste the joy before? I know..that this will become parts of my memory,that I wish to taste again someday.

Thursday, December 2, 2010

Blog DOT

Dan akhirnya ia akan menjadi laman sesawang dingin, berhabuk dan dilupakan. Sepertimana lupanya kita pada zaman mengutus surat, makan ubi. Mungkin nasib itu akan menimpa laman sesawang yang kian dingin ini.

Dan ia akan terus berhabuk tanpa peduli. Seperti mana tiaada orang pedulikan ia.

***

Aku tak rasa aku memegang tanggungjawab untuk promote, update atau segala bagai apa lagi yang ada kaitan dengan blog ini. Aku seperti Fatin, TAK dapat menganggotai anda seperti dulu lagi.

Jika kami menulis, atau apa hal saja, anggap saja kami rindu. Bonus point.

Jadi siapa yang akan memegang tanggungjawab update, promote atau segala bagai yang ada kaitan dengan blog ini?

Bukan tanggungjawab aku juga untuk memikirkan hal itu.

p/s : seminggu sekali cukup. bukan payah karang panjang-panjang. sekadar cerita aktiviti yang akan datang, atau yang dah lepas. dan gua juga tak ada hal delete blog yang gua buat sendiri kalau ianya 'surplus to requirement'.