Showing posts with label DOTter-Leak. Show all posts
Showing posts with label DOTter-Leak. Show all posts

Wednesday, October 5, 2011

Buku Log - 2

Harap maaf sebab tertinggal lirik lagu ketiga koir hari itu. Ini dia :


LAGU 3 (Without you - X Japan)

Ke mana ketulusan
Ke mana keikhlasan
Adakah ia kan pergi
Selamanya tak kembali

Oh tuhan beri petunjukmu
Menempuhi sukarnya hidup ini
Agar dapat dikembali
Sifat murni..

Mari kita semua
Tegak bersama
Mendapatkannya

Hingga kita berjaya
Menjadikannya
Sebah'gian dari diri



p/s: lagu ini merupakan lagu yang paling saya gemari diantara kesemuanya. Terutama: 
"Oh Tuhan,
Beri petunjukmu,

Menempuhi sukarnya hidup ini..
Agar dapat dikembali
Sifat murni......"


As if it sings out the feeling of all ...


Apa-apa pun,Ini persembahan yang dirakam pada malam itu. Junior kata walaupun tidak bernasib memenangi apa-apa anugerah, tapi mereka PUAS ! Terdengar juga ada orang puji persembahan koir ini bagaikan tahap kebangsaan. Syabas !!! Kredit kepada perakam video dan lain-lain.



For more pictures : click in this link





















Sekian sahaja catatan saya malam ini.
9.34pm 05.10.2011

Friday, September 30, 2011

Buku Log - 1

Insan yang saya gelarnya sebagai Kim Jun Nas telah menghantar sebuah mesej yang berbunyi:
Rohani. Do me a favor.Tlskan pasal koir n lif or watever kt ruang aktiviti kita dlm blog. Jz wanna kn0w ur aktivity since my fb is no more. I would ask say o thou, but since he's uo and all, ko je la harapan. Tlg ye.



Respon pertama saya selepas baca msg ini :
1- Rohani ?! Uhh la mamamia, biasanya bukan kah Kim Jun Nas suka panggil saya " Serdang ~ Serdang "
2 - Saya adalah only harapan ? Wahh macam lah dah tak da harapan. Kalau hang add semua budak jadi penulis blog ini kan senang !!!??
3 - Oh Kim Jun Nas~Secara jujurnya ruang aktiviti - kotak kecil di kanan tu saya tidak tahu macam mana nk akses nya !!!!!!!! Kira lah Rohani ni yang dah start tulis blog sejak umur 16, tapi buta IT konon telah cari butang meng-edit nya di merata rata tempat tapi tak jumpa !
-___- adakah kerana hanya administrator asal sahaja yang boleh editnya? Penulis sampingan seperti saya ni takda super power untuk akses benda alah tu.

Saya jawab mesej tu : I'll try my best. Pardon me if I mess it up.
Kim : It's okay. No one will notice.Hahaha.

Well, takda orang komen ataupun meng-update blog ni,tidak semesti tiada orang baca blog ini. Many of us just clicked in, read, and leave. They doesn't leave comment nor say hi. Silently. Peacefully. Jadi, lain kali kalau anda terbaca mana-mana entry blog, sila tanda di bahagian "rate" di hujung entri tersebut, supaya orang yang sangat sensitif seperti Mr Kim ini tahu, masih ada orang datang menjenguk ke rumah yang telah lama dia bina ini.

Okay, saya yang bernama HoneyC di alam siber ini akan memulakan buku log saya pada malam ini.
_________________________________________________________________________

Dari apa yang saya perhatikan dan cuba memahami, koir ini yang akan dipersembahkan pada Malam Percikan Seni 1Malaysia UKM-Pertandingan Seni Berputik UKM pada hari Sabtu ini. Peserta adalah terdiri daripada pelajar tahun 1. Tema yang mereka(1st year) dapat - Nilai-nilai murni dipersembahkan dengan cara Koir (?), nak tahu lebih lanjut sila rujuk Mr Arif Farhan dan konduktor-konduktor seperti Mr Hazal dan Cik Yuna. Seperti biasa, senior lain akan memberi semangat, idea dan sebagainya.

Ada 3 buah lagu yang akan dipersembahkan oleh wakil Kolej Dato' Onn:
1) Queen- Radio Ga Ga (bukan lagu yang diketahui budak lahir lepas '90) >__< tahap kepelikan melodi : * * * ( 3 bintang )
2) The Phantom of the Opera theme song ( Nice ! tapi nak dinyanyi secara harmoni dalam masa singkat ini...tahap kesukaran : * * * * (4 bintang)
3) Without you - X Japan ( Best song ever ! Even in Malay version ~ xD ) tahap mencairkan hati : * * * * ( 4 bintang )

LAGU 1 (Queen - Radio Ga Ga)

Di suatu
Masa dulu
Wujud satu komuniti
Yang ceria yang sempurna
Yang berpijak di bumi nyata

Tiada magiknya oh rakanku
Cuma satu, yang diwarisi
Dengarkanlah, percayalah
Kerna ini suatu misi
Kedamaian kemakmuran
Itu Hasil perpaduan bersama

Rahsianya,
Kejujuran          (2X)
Keikhlasan
Ketabahan

Mari berpegang
Nilai-nilai murni


LAGU 2 (Phantom of the Opera - Nightwish)

Datangnya media
Dari Barat
Membawa Anasir
Sangat Jahat

Ia mengubah
Segalanya
Banyak perkara buruk terjadi
Di zaman ini

Yang muda tidak
Hormat yang tua
Yang tua hanya
pentingkan dirinya

Dengki mendengki
telah sebati
Kini apa yang telah terjadi
Di zaman ini

Tadi Saudari Ecah-chan dan Khai dan Kimi dan diteman Arniza, ditolong teknikal : Saya dan Syana--Telah berjaya membentuk "gerak tari" untuk lagu lagu tersebut. Gerak tari POTO telah dirakam dalam  telefon bimbit Ecah-chan.

Kita beredar dari bilik kebud dan bilik-entah-apa-nama-nya pada pukul 1.30 am.
Seperti rutin biasa, senior-senior yang kelaparan pergi ke Mapley.

Mapley malam ini lebih kepada unsur 18sx . Jangan risau, tiada action, hanya kata-kata yang bermain di mulut, dan mungkin minda masing-masing terutama Cik Farah & Ecah yang kononnya dipengaruhi oleh aura Wahid + Syana. Untuk maklumat lanjut sila hubungi nama-nama tersebut.

Aiskrim yang hanya adalah aiskrim telah membawa pelbagai maksud
apabila dibawa ke konteks- makan aiskrim.
Oh ya, pada malam ini Kak Syira yang innocent telah mengetahui apa maksud " Kerja meniup " -versi BI.

Sekian sahaja catatan saya malam ini.
4.54am 30.09.2011

Saturday, May 7, 2011

Mari Mengenal! (Part 3)


Milik siapakah punggung ini?

Klik gambar di atas jika anda gagal meneka. Anda akan terus dihyperlink ke gambar resolusi tertinggi. Hanya klik jika anda seorang yang tabah, bukan perempuan mengandung dan tidak menghidap lemah jantung.

For avid viewers only.

Jangan kata aku tak warning.

fin.

Sunday, April 24, 2011

Mari Mengenal!!!! (part 2)


Gadis kecil adalah normally comel kan?

Lagi comel kalau dia buat rambut tocang dua kan?

Tambah pulak kalau kulit dia cerah dan muka dia cantik.

Tapi tidak bagi insan DOTter seorang ini. Kerana baginya, kesemua ciri di atas adalah satu bala.

...Bala yang mampu membuatkan beliau menjerit ketakutan.

.
.
.
.
.
.
.
.
.






Aaaaaaaaarrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!



Cuba teka siapa dotter tu..

Tuesday, April 19, 2011

DOTter-Leak


Aku figure since blog ni dah lama ditinggalkan, dan dah kurang segmen menarik. So aku timbulkan segmen ni.

DOTter-Leak : Satu kolum yang memaparkan fotograf atau quote dari rakan DOT sekalian. Apa-apa pun boleh.

****



Deskripsi : Pelajar terbaik SPM SMKPS dari kanan Nurul Wahida Ismail (8A), Asilah Sariman (6A), Mohamad Sabri Jufri(7A), Nurul Hidayah Sadikon (6A) menunjukkan keputusan SPM masing-masing ketika mengambil slip keputusan di sekolah semalam

*****



Deskripsi : BUKTI...Farah Elyani melihat laci yang dikopak perompak. Katanya, dia dalam bilik apabila penjenayah yang memakai topi tanpa menutup muka masuk bertanyakan di mana bapa dan ibunya sebelum menggeledah bilik lain.

Dah tak ada benda nak buat.

Okay. Chow.

fin.