Wednesday, December 23, 2009

Design Baju

Tak cukup dengan Facebook, design baju nak juga dipaparkan di sini. Agak gedik tapi agak stail. Berpandukan kata-kata stail, maka design baju yang baru diupload di sini.

Pemilihan warna hitam adalah dipilih berdasarkan kesesuaian kerna setiap produksi adalah wajib memakai baju hitam. Maka alang-alang menyeluk wantan, biarlah menyeluk wantan asli di pasar malam Hentian Kajang. Namun amaran diberi kepada sesetengah pihak, jangan memandu motorsikal sambil memakai baju ini di lebuh raya pada malam hari.

Kalau ikut gua, baju ni dah agak stail dah. Kalau ikut gua sekarang jugak gua tenun baju ni.

Gua rasa baju ni tak ada cutting. Sebab agak susah untuk warga DOT yang tak punya cutting 30-25-30 ni. Sebab ada sesetengah cutting dia agak keterlaluan untuk diucapkan di sini.

So komen je apa yang korang suka di sini, ataupun di Facebook. Dan ingat untuk hari ini ;

"sila pilih saiz baju yang bersesuaian kerna bimbang baju akan terkoyak bila anda memakainya nanti"

Sekian.

p/s : baju ini juga boleh dipakai bersama jersi pasukan kegemaran anda. kalau anda pakai jersi di dalam, nescaya tiada yang nampak. so, kalau kalah korang rilek je ah, bila menang sila selak baju sambil mendabik dada. *bukan untuk fan arsenal*

1 comment:

wann afzan said...

owh...
abg nas xde saiz ah..
klu saiz xs pun still longgar gak..
cmne eh?
haiihhh~~