Saturday, December 12, 2009

Ini dari Fatin. Hahaha.

Terus terang sejak aku tiada langsung jawatan dalam kelab kebudayaan Kolej Dato Onn itu. Aku langsung tidak mengetahui apa-apa update yang mendatang. Hanya mengharapkan rakan-rakan yang berjawatan tinggi dalam DOT untuk memberitahu apa yang akan, sedang dan telah berlaku.

Disebabkan itu aku tidak mengetahui apa yang patut aku tulis disini. Hahaha. Ini bukan alasan! Tak tak. Sebab kalau nak diikutkan blog aku juga kehausan entri-entri yang macam huduh tapi mampu menarik minat manusia keliling aku baca. HANYA yang keliling aku. Kawan saja lah maksudnya. Heh.

Ok. Petikan diatas tidak masuk topik mungkin. Eh eh masuk! Aku dah tulis. Kira masuklah. Oh ya! Selama sebulan dirumah. Langsung tak mengikuti apa yang berlaku. Aku menjadi katak bawah tempurung kembali.

Eh sesiapa yang berkenaan. Jika sudah penat tulis disini. Mesej aku di nombor Maxis aku. Supaya aku yang mempunyai waktu lapang yang teramat ini mampu memenuhkan ruangan yang kosong ini.

Ha! Pasal baju kebudayaan atau DOT sekalipun. Lenyap tiba-tiba. Mengapa? Cuti saja kau orang tak buat kerja ya. Lepas itu bila sudah masuk UKM balik sudah malas mahu ikuti DOT kan? Hahaha. Ini zaman aku dulu. Macam inilah jadinya. Aku tak tahu kau orang. Harap lagi baik. Pastikan ia lebih baik!

Ok. Entri ini celaru. Maaf. Aku memang ada masalah penyusunan ayat. Serius! Aku gagal dalam mengarang. Lebih-lebih lagi pada waktu pagi begini. Hahaha. Jadi kalau celaru, jangan baca. Senang. Betul? Hahaha.

Baiklah. Setakat ini mungkin. Nanti ada apa-apa akan aku sematkan penulisanku yang sangat celaru ini disini. Eh! Selamat berjumpa kembali minggu depan! Bila PTPTN masuk ya

Kalau sakit mata baca. Hahaha. Padan muka!

3 comments:

wann afzan said...

ye..
mmg celaru.....

PaLi3 said...

aik? waktu lapang xbrsama apek kah?

Fatin Mazelan said...

apek sibuk kerja cari nafkah.