Saturday, December 12, 2009

Ini Teman DOT.


Manusia-manusia ini berkongsi tarikh lahir yang sama. Manusia-manusia ini berkongsi umur yang sama. Manusia-manusia ini dari kolej yang sama. Manusia-manusia ini berada dalam UKM. Of course! Manusia-manusia ini mempunyai kegemaran yang sama. Mungkinlah. Tapi manusia-manusia ini suka lepak bersama-sama. Kembarkan. Pasti mahu ke mana saja bersama-sama.

Manusia-manusia secara fizikalnya dan terang lagi nyata berlainan jantina. Manusia-manusia ini berlainan bidangnya. Manusia-manusia ini berlainan batch nya. Manusia-manusia ini bukan kembar kandung. Manusia-manusia ini berlainan ibu dan bapa. Manusia-manusia ini berlainan taste. Mungkin? Hehehe.

Ok. Tanggal 12 Disember 1988 dilahirkan dengan waktu yang sangat berbeza mungkin. Mereka mungkin sedang menyambut hari kelahiran mereka dengan cara masing-masing. Disebabkan seorang di Sg. Petani seorang di Bangi Lama. Disebabkan cuti semester, mereka berjauhan. Mereka hanya berhubung melalui telefon bimbit dan internet.

Mereka akan berjumpa kembali untuk lagi seminggu. Mungkin. Aku tidak mengikuti perkembangan mereka. Mereka akan meraikan hari kelahiran mereka bersama. Mungkinlah. Aku pasti ya! Hahaha.

Ok. Aku mengarut panjang pula. Jadi, SELAMAT HARI LAHIR TEMAN YANG KE-21 TEMAN!

3 comments:

Anonymous said...

mereka berdua juga specky...hehehe

Fatin Mazelan said...

ha lupa itu! sorry. hehe

Anonymous said...

Terima kaseh faten ^^