Thursday, December 31, 2009

"Sape nak air?"

Semalam hari yang biasa.
Cuaca juga biasa.
Tetapi latihannya sedikit luar biasa.

Manakan tidak? Secara ajaibnya dapat sponsor nasi goreng ayam dari kafe. Yang normalnya, bermula lambat sikit. Dan juga rakyat DOT banyak yang sibuk malam tu. Tapi tak apa, yang hadir tetap memeriahkan acara dengan menulis skrip, membincangkan scene2, bersembang lagha, menghabiskan nasi dan ada yang hanya meratah ayam saja, membuatkan ada pinggan yang bernasi tapi tak berayam.
Itu semua tak apa, dengan kehadiran pun dah cukup untuk bagi semangat.

AJK Kebajikan menjalankan tugas buat kali pertama. Menyediakan minuman yang manis cantik sedap diminum iatu tak lain dan tak bukan-sirap dalam jug plastik. Malangnya, sepanjang berada di bilik itu, tak habis2 kedengaran ayat2 ini:

"Ismeth nak air?"

......
"Abang Say-o nak minum?"

......

"Sape nak air?"

...............................

Kasihan. Saya harap dia tak perlu buat begitu lagi pada hari2 yang mendatang nanti.


3 comments:

wann afzan said...

org x ramai so terpaksa berbuat demikian utk melariskn air..
huhu~~

PaLi3 said...

tp td ramai air plak yg xlaris...

say o said...

lar...cuba baca yang tersiratnye....