Tuesday, December 15, 2009

At last! These are my words,

Sekali lagi, bila cuti antara sem tiba, perkara- perkara berikut berlaku pada aku:

Rutin harian
  1. bangun pagi, terus switch on computer, pi mandi, pastu main game.
  2. sampai tengah hari, makan sat. sambung main game lagi. baca novel.
  3. petang pi exercise(basketball atau jogging)tapi la ni x leh exercise, arahan pakcik tukang urut, maka bertambah gemuk la aku.
  4. malam main game lagi. tengok bola kalau ada.pastu tidoq.





Ulang aktiviti atas sampai hampir sebulan, semestinya datang perasaan yang tak terasa pun time kat ukm. mula rasa boring, mula tringat kat ukm, mula melayang ke arah FST, KDO, K2D204, dan mula teringat kat DOT.

Yeah. DOT.

Bila tringat kat ukm mesti ada bahagian DOT. Tak tau nak buat camna lagi, dah jadi cam satu kepastian biarpun diri ini ada love- hate relationship ngan DOT. Terlalu banyak peristiwa menarik berlaku sepanjang menjadi ahli DOT ini. Rasanya x perlu diulang sebab semua orang tahu apa aktiviti kita (Ekslusif- Boria Dato' Onn pecah tradisi!!haha.apa punya editor.) Waktu-waktu gembira, sedih, serabut, tension, jeles, geram, puas hati semua dirasai dalam DOT.

Terus- terang cakap, aku paling suka time DOT season 2008/2009.

Bukan ingin mengecilkan/ mengguriskan hati junior2 1st year, tapi itulah apa yang aku rasa selama ni. Biar aku jelaskan dulu sebabnya.

Bila aku reflect balik sesi 2008/2009 aku nampak unity yang kuat antara ahli2 DOT. DOT dalam keadaan terbaik. Semua orang work as a unit. We held our meetings, discussions, training, rehearsals, hanging out, even g pesta konvo pun skali. Aku sangat suka kalau abang Naz cakap "malam ni training, gtau semua orang". Hasilnya malam tu semua orang dapat sms trademark "jom teater", haha.. Reason? I like being with my fellow dotters, x kisah junior senior. Aku sangat suka bekerjasama dengan ahli2 DOT , aku sanggup pakai duit kerajaan untuk DOT (tapi jangan banyak sangat!!), sanggup kadang2 kena bahan ngan ahli2 K2D (biasa la tu,tapi diorang la penyokong setia DOT setiap kali ada function), ringkasnya,

Aku suka ngan ahli2 DOT.

Kalau macam bila beli pc baru, hard disk 500 gig akan dibuat satu partition bertajuk DOT.
DOT always special to me, personally and professionally. But unfortunately, time bring changes to people.

Tak semua orang sama pemikiran, tanggungjawab dan perasaan. Setiap orang ada tanggungjawab dan pendirian masing2. I understand, and good luck in your work. Dan dengan adanya ahli2 junior yang tak seberapa ramai ni (korang lagi sikit dari batch aku, haha), aku cuba untuk mewujudkan atmosphere macam dulu,,tapi rasanya aku fail. Biarpun aku sempat merasa kemenangan mutlak dalam satu pertandingan itu, tapi bila kenang balik, ia tak dapat padam rasa yang 'lost' itu. Huhu..

Pada junior2 1st year, arip-ismeth-sharip-rayn-syeera-dayah-oja-izayu-wann-kk, korang memang terbaik. aku salute korang punya effort dan pengorbanan selama ni. Aku berharap, korang akan terus stay, dan terus enjoy dalam DOT. Hayati dan hargai apa yang korang miliki sebelum ia sudah mustahil untuk dirasai lagi. Buat senior sekalian, harapannya sama juga seperti di atas, haha.

Kita tak tahu apa yang akan berlaku, mungkin aku akan berpisah dengan DOT? mungkin DOT terus menang pertandingan lagi? mungkin tiba2 ahli DOT bertambah 3 kali ganda? Only God knows..
Akhir kata, jika ada salah dan silap sepanjang karangan teks ini, harap maaf. Bukan apa, aku cuma tak mahu lagi berlaku keadaan ini: junior tanya aku soalan yang sama aku tanya kepada abang Naz pada penghujung sem 2 sesi 2008/2009. Itu saja.



3 comments:

Unknown said...

say o lebihkan gamba dia je!!!!!!huhuhu

bukan kau je say-o..tiap2 batch akan cakap tahun dia bersama ngan DOT yg lagi best.
Tiap-tiap batch akan cakap kwn2 n kepuasan tahun mereka yg terbaik.
tapi tiap-tiap tahun juga orang yang berkata itu ini hilang tiba-tiba.

bila ajak balik. semua alasan sibuk. hurmm. aku dah pasrah dah semua tu. 3tahun a.nas n aku dengar semua tu. aku dah malas nak pk yang lepas. jadi juz go on saja ngan yg dah ada ni. ok say-o??

untuk pihak a.nas...aku tak tahu...petikan atas ni dari aku.

Nazrin Saad said...

Entah.

Mampu ke aku ubah semua tu?
Tahun depan? Apa akan jadi?
Mampu berdiri lagi DOT ni?
Atau terus terbubar?

Hanya Tuhan menentukan,

kita? Berdoa dan terus berusaha.

Ikatan senang dijalinkan, tapi mau mengekalkan??

say-0 said...

hargai apa yang ada sekarang.
dan sekarang saya rasa saya lebih menghargainya,