Wednesday, December 23, 2009

DOT dah Kurang Indie

Dah lama tak mengarang di sini. Alasan? Malas. Tak ada mood. Kecewa. Frust. Cinta ditolak. Dan tidak bercadang untuk menulis sehingga habis tahun. Namun pengecualian dibuat atas sebab yang tak dapat kuelakkan.

DOT bermula dari suasana yang sederhana. Tak kira la bajet, bilangan orang mahupun dari segi kegahan setting. Semua berkonsepkan sederhana. Belum mampu menandingi lain-lain kolej yang mampu membawa suatu yang gah. Namun itu tidak penting kerna DOT bermula dari DOTters sendiri, ya, kamu yang sedang membaca sekarang ini.

Terlalu keterlaluan jika aku ingin ungkapkan bahawa DOT berpusar atas satu paksi, atas satu individu. Tidak. DOT melibatkan semua. DOTters ibarat kepingan kaca sebuah mahligai. Tanpa cebisan kaca yang lengkap, mahligai takkan dapat disempurnakan.

Hari ini mahligai itu retak. Walau masih gah, tapi retak.

Nurliyana Nadirah bt Abdul Zaki.

Kalau tulis nama ni dalam URTV mesti la tak sesaing dengan Misha Omar, Didier Drogba mahupun Obama. Tapi nama ini mengambil tempat yang istimewa dalam diri sesetengah orang, mahupun sesetengah DOTters.

Tak pernah tak terlibat dalam sebarang aktiviti kecuali drama BI baru-baru ini melambangkan komitmen beliau yang cukup kritikal. Beliau diibaratkan sebagai peserta yang prolifik. Ada saja beliau di setiap masa.

Rasanya belum mampu untuk diungkapkan sumbangan beliau dalam kalimah kata-kata apatah lagi dengan bahasa isyarat. Namun sumbangan beliau akan dihargai. Cuma pasti akan ada yang merindui selepas ini. Tak percaya, baca entry di bawah.

Kerna tiada lagi kelibat gadis indie yang cakap Nogori selepas ini. Dan pastinya tiada lagi adegan ini.



Biarlah orang lain tak rindu. Sebab aku pasti rindu. Biarlah kau sendiri di tempat lain, Yana. At least ko boleh tengok porn tanpa gangguan.

Untuk Arep, assume ja ko Gerard dan ko kena kad merah. Assume DOT ni Liverpool dan doakan kitorang masuk big 7 walaupun tanpa ko. Sebab lepas pergantungan ko, ko leh tolong kitorang masuk big 6 pula.

5 comments:

PaLi3 said...

hwaa...lps ni xdpt tngok yana karok, huhuhu...

Liyana Nadirah said...

ahhhhh xde3!
nk g karok wajib ajak akuuuuu~

"porn tanpa gangguan??????"
what the ....!
xleh ar.ade roomate...haha

PaLi3 said...

hah, itu smestinya...sbb kami nk tngok muka feeling ang karok, lalala...

izanmuslimin89 said...

tgk yana karok?
haha...ak ingat lg masa pi karok dgn yana & fatin...
dia "pao" ak...
ada satu lagu yana nyanyi...aku sruh fatin wat mode karaoke sbb ak ingat suara penyanyi sbnar yg nyanyi...
haha...

Unknown said...

jgn puji! nanti ia kembang!