Tuesday, December 29, 2009

Disana kita ceria.

Semua salah Pali! Secara asasnya, Pali bersalah! Kalau bukan kerana kau siap lambat, kita tak akan pergi ambil duit lambat-lambat. Kita tak akan melihat bas bergerak dengan selambanya di depan mata kita. Yang penting, kita tak akan drag pukul 10pagi jadi 12 tengah hari! Tak kira. Aku sebagai pengarah nak salahkan kau juga. Hahaha.

Secara dalamannya, a.Nas bersalah! Sebab kalau tak kuat mengutuk sana-sini, kita tak akan terlepas tren komuter berlalu begitu saja. Sebab a.Nas, kita tak akan tunggu tren selama setengah jam. Tak kira! Ini salah a.Nas. Sebab bukan salah Ismeth yang membuatkan proses pemberian tiket secara rawak dengan relaxnya. Sebab bukan salah Wann yang pergi beli air semasa tren sampai. Salah a.Nas! Sebab a.Nas ketua program.

Salah a.Nas juga. Sebab buat lambat-lambat proses membeli tiket di LRT. Tapi ini nasib baik sebab tren belum sampai. Kalutnya a.Nas sampai lorong boleh menjadi lolong. Apakah? Menipu mereka dengan mengatakan aku tidak follow mereka, pulang ke rumah hanya kerana aku menggunakan kad Touch n Go saja. Apakah?

Perjalanan yang memakan masa ini membuatkan semua lapar. Lalu aku cadangkan Wendy's memandangkan ada Ismeth dan Say-o. Erk...jangan tanya aku mengapa. Atas dasar kepercayaan, mereka menuju ke Wendy's. Masing-masing masih was-was untuk beli apakah. Langsung semua makan berger. Ok. Berger Ismeth beger 3 slices daging. Akibat tamak! Sampai hampir muntah. Nasib tak muntah.

Kiri berger a.Nas, kanan berger Say-O.
Berger Say-O 2 slices daging.
Cuba bayang berger Ismeth?

Cardigan a.Nas menjadi mangsa kekejaman tuannya apabila tuannya terlalu hyperactive untuk tangkap gambar Wann. Akibatnya siku cardigan itu telah diliputi oleh sejenis cecair likat berwarna merah. Dicop oleh sos cili Wendy's. Sampai ke sudah a.Nas gulung saja cardigan itu.

Selepas menonton Muallaf yang pastinya separuh dari kita tidak memahami apa motif cerita itu, semua bergegas ke Plaza Low Yat. 1/2 dari rancangan asal seminar ini berjaya disitu. Lagi 1/4 disendatkan dengan aktiviti di Plaza Sg. Wang. Setelah puas menjayakan aktiviti, 1/4 rancangan asal dipenuhi dengan menonton Avatar. Bukan 3D. Ini puas hati.

Setelah berkira-kira semua rancangan berjaya. Lalu kami berangkat pulang. Muka letih. Muka mengantuk. Muka malas pergi meeting. Muka puas! Ok. Perjalanan pulang tidak pula seperti perjalanan pergi. Ikut masa semuanya. Perjalanan pulang amat berjaya.

2 comments:

wann afzan said...

suka ini....
bayangkan klu abg nas yg menulis??
trimas fatin!!!

Fatin Mazelan said...

welkam2...aku pengarah kan?? ehehe