Monday, January 4, 2010

Dia pergi membawa MAGGI2 ku...

Kejadian ini berlangsung selama kira-kira 2 minit..

Tepat jam 6pm tadi, sedang aku baring2 menghadap Sood Bin Farid Hamil ku, dibelakang ku (meja study) kedengaran seperti sesuatu yang pelik, lalu ku bangun melihat. Arhhhhhhhhhhhh (ku menjerit lalu berkata 'berani ko memasuki bilik aku! Berambusssssss!!'). But the words won't come out...sigh~ kesemua itu ku lakukan dalam hati.

Ku fikir untuk menghalaunya dengan gaya AVATAR. Jangan Yana. Jangan ditakut2kan makhluk itu seperti yang dilakukan JAKESULLY dan NEYTIRI. Lalu ku diam sahaja disusuli dengan aksi2 cubaan menghalau makhluk durjana itu. Aku masih waras dalam situasi genting itu mindaku berkata2 'Gile ape kau nak halau gaya Avatar. Sekali dia gigit tengkuk. Tak ke naya nnti? Itu baru sekali, kalau berkali2? Dengan kau2 bertukar spesies dia.'

'Ape aku nak buat ni. Ape aku nak buat ni!! Fikir Yana fikir. Arhh belasah je la. Lalu aku mengangkat cushion di sebelah ku. Kononnya makhluk itu takut lalu pergi. Tapi jangkaanku meleset. Dia memandangku tepat! Dengan mimik muka yang berkerut2 sambil mempamerkan gigi2nya yang ku fikir tak pernah dicuci. Senang cerita dia sedang marah. 'Eh eh kau yang masuk bilik aku senyap tak senyap, ko pulak yang nak berang. Apsal la dia ni tak blah blah lg. Adoi~' Makhluk tersebut memandang2 bucu mejaku yang terletaknya di situ MILO FUZE 3 in 1, 1 set MAGGI KARI dan CHIPSMORE. Ah sudahhhh.. Bekalan makanan akuuu!! Tidakkkk!

Lalu ku bangun, berdiri. Skali lagi dia memandang tepat ke arahku dengan muka berangnya (debar dah aku....aiseh). Aku fikir kalau aku buka pintu mungkin dia berambus kot. Lalu ku buka pintu. Yesssss! Berjaya! Berambus juga kau. Bawanya bersama-sama 1 set megi yang dalamnya tinggal 2 bungkus megi lagi. 'Ah amek la nyet. Nasib baik aku dah makan 3 bungkus. Tak ler kempunan aku nanti. Janji ko jgn serang aku. Aku selamat.' Syukur Alhamdullilah...

3 comments:

wann afzan™ said...

a ah..
zaaba byk monyet kn?
hati2 kak yana!

PaLi3 said...

ari tu paten, kali ni ang plak yana...so mmg sesuai, lalala...

Liyana Nadirah said...

haha..kami lah the chosen one!