Monday, June 7, 2010

Go Go Deutsch!

Demam FIFA Worldcup semakin panas. Gua dah selsema teruk sebab lupa makan ubat yang physio bagi tempoh hari. Lagi berapa hari ya?

Oh dem! Dah lost count.

Tak mengapa. Sebab bapak gua tak subscribe sports channel lagi, maknanya lambat lagi lah tu.

Dengar cerita ini minggu pengenalan kem negara masing-masing. Sebelum demam FIFA Worldcup masuk ke peringkat kritikal, adalah baiknya kita mendaftar di kem masing-masing untuk mengelakkan kejadian 'lompat parti' bak kata ahli politik Malaysia.

Dari peminat tegar negara Sepanyol, hingga ke penyokong negara angkat, sebab Malaysia mahupun Nepal tak dapat join main sebab tak lulus MUET versi Afrika Selatan, tapi kita sama-sama ke Afrika Selatan nanti.

Gua rasa UKM ada buat pakej bas Kiffah ke Afrika Selatan sebab nak kembangkan sayap bas Kiffah. Disamping elak cukai kot.

Gua pun nak buka kem negara juga. Tuan rumah FIFA Worldcup yang lepas. Siapa tak kenal bukan?

Germany atau bahasa melayunya Jerman.

Kenapa gua sokong Jerman?

Sebab untuk menunjukkan gua menyokong Green Earth dan di Jerman ada ni.


Slain tu. Team Jerman ada dia ni.

Tapi sayangnya dia injured sebab terjatuh dalam loji najis semasa main polis entri beberapa hari lepas. Kesian.

Tapi macam mana pun. Gua sokong Jerman juga. Perang kem bakal bermula. Sayangnya Malaysia tak dapat join sekaki dengan Jerman. Kalau tidak barangkali Malaysia ada chance nak menang.

Belum main belum tahu siapa bakal memegang trofi emas tu. Tak mustahil kan?

Akhir kata.



"go go Deutsch!"



cut.

1 comment:

Nazrin Saad said...

pasni review pasal cacau lak bang.