Saturday, December 27, 2008

Welcome Back DOT!!

Wah.... Semuanya datang dan pergi... Ibarat hembusan bayu di tepian pantai, ibarat sinaran bulan di malam hari... Seperti cuti semester ini, ia berakhir jua...

Selamat pulang warga DOT!! Selamat datang kepada semester yang akan menjanjikan perubahan dan permulaan yang baru.... Tatkala post ini ditulis keadaan bilikku masih lagi dalam keadaan pra-sem walaupun dah lama aku balik ke UKM nie...

Baiklah, tak seronok bicara tentang bilik aku... Hanya Say O sahaja tau keistimewaan bilik ini... PES 2008, owh maaf, PC aku dah format....

Sem ini menjanjikan banyak perkara baru dalam hidup setiap warga DOT... Sem ini akan menyaksikan release video DOT yang pertama... Sem ini juga akan menjanjikan pelbagai pertandingan teater untuk tontonan dan penyertaan... Semua ini adalah dari cadangan aku... Sebarang bantahan sila datang kepada aku dengan membawa wang sagu hati RM50 ya....

1- Teater Muzikal Kajai...
Walaupun surat masih belum diterima tapi rasanya sudah hampir 90% konfirm bahawa akan ada pertandingan ini.... Oleh disebabkan permintaan adalah teater muzikal, maka Abg Safwan sudah bersetuju untuk membawa kembali naskhah konvo tetapi dengan sedikit perubahan... Maka bagi sesiapa yang terlibat, bersiap sedialah... Owh, mungkin bukan lagi berkonsepkan hantu...
Pengarah Projek : Aida Najwa dibantu oleh...????

2-Persembahan HAKERA...
Cadangan asal adalah membuat satu persembahan yang menyerupai pertandingan di bawah... tetapi bila difikirkan kembali mungkin akan ada sedikit kelainan untuk menimbulkan unsur kekaguman....
Pengarah Projek: Nana dibantu oleh Fatin...

3-Pertandingan Drama BI
Seperti persembahan di atas, tapi mungkin akan ada kejutan.. Oleh itu bersiap sedia... Owh ya, jangka masa adalah lebih kurang 45 minit... Jadi aku harap korang bersedia jadi lebih kreatif...
Pengarah Projek: Mat dibantu oleh Palie dan Paan...

Seperti yang dikatakan, kalau anda tak puas hati boleh la menghubungi saya di talian 999... Anyway, welcome back guys... Missing you all...


Trailer DOT

Sunday, December 7, 2008

DOT dan Tahun 2009 dan Awal Muharram dan Tahun Baru Cina....

Menanti dan menanti, akhirnya ada juga la usul yang boleh dihantarkan post dalam blog ni... Minta maaf sebab dah lama menyepi dari blog...


Setiap tahun baru membawa azam serta keyakinan baru dalam setiap individu.. Mengambil pengalaman lepas sebagai pengajaran, tahun baru menjanjikan permulaan baru dalam hidup kita... And so, it all start as zero again....


Kemerapuan perenggan atas adalah untuk menyatakan bahawa DOT juga akan bermula ibarat bayi yang kudus yang baru menerjah rahim ibunya ke dunia luar... Dan, apa aktiviti DOT tahun depan?? DOT adalah kelab yang terkenal sebagai sebuag kelab yang berhibernasi dalam semester 2... Dah tu, nape susah-susah nak post entry ni??


Hehehehe... Sebabnya dah ada projek untuk DOT pada semester akan datang... Biarlah aku cakap projek ini merupakan projek yang ditakuti oleh aku sebab kita tak pernah buat dan yang paling best, aku pun tak pernah buat...


Projeknya adalah teater Inggeris.... Senang la tu teater Inggeris, suh ja Kay, Opah, Roy dengan Fantagino buat... Hahahaha, nak buat skrip dan pengolahan idea tak menjadi masalah pun sebab pengalaman dari FTU, Konvo dan Sketch ESZ membuktikan bahawa kita ada idea... Tapi macam mana dengan berbahasa Inggeris kita nak menyampaikan kepada penonton?? Because, as we know it, bukan semua orang dapat band 4 dan ke atas dalam peperiksaan MUET mereka....


Dan aku dah cakap ke pertandingan tu jangka masa dia 45 minit hingga 1 jam?? Boleh ke kita mengulangi kejayaan Sketch ESZ?? Idea, skrip, latar dan konsep kita akan brainstorm beramai-ramai... Pemilihan produksi juga akan dibuat kelak...


Sekarang adalah masa persiapan dari segi mental sebab rasanya anda mungkin dah bersedia dari segi fizikal... Kejutan demi kejutan akan menanti sepanjang perjalanan latihan... Sesiapa yang dah mengecapi kejayaan Sem 1, pasti nak meragut kejayaan Sem 2 pula dari segi nak dapat merit yang melampau banyak (tahun lepas join konvo dapat no 2 pun dah leh stay kolej, bayangkan kalau join 2 pertandingan) atau sekadar untuk kepuasan...


P/S: Poll yang dibuat ni adalah sekadar suke-suke semata-mata... Perbincangan yang sebenar akan dibuat kelak...

Friday, November 21, 2008

dis has happen~!!truely....

owg 1st nyebok anta post....weee~!!!
hurm..saje...nk cite n bertny....

maaf tiade disimpan pix kiter beramai2 dlm komp maupon dimane jua....
ape yg sy ingin katekan hanyelar...bile lagi kite leyh mhidupkan sosane ceria berglak tawa di dlm blk kebudayaan??
akhirnyer sem ini menandekan yang kite tiade lg aktiviti utk taun ni...
puas ke ape yg kite wat ni??
rasenyer, kembali atau tidak sejarah yg telah berlaku??
dimane stlah beberape bulan xwat aktvt, rakyat DOT tlah mlarikan diri dr menjayakan sebarang aktvt DOT....

kite mmg mcm ni kan tiap taun??hurm....how could dis happen to us? [simple plan-untitled]
hurm...walaupon karya ni xpjg mane, arap2 kite same2 pk cane lar nk tarik blik rakyat2 yg membuang diri dr negeri DOT nih....aish~!!!

p/s : sy sdg merapu serta mluahkan perasaan yg xpatot~!!!

Cuti-cuti Malaysia

Perghhhhhhhhhhhh....

Nak tak nak, diam tak diam, gemuk tak gemuk, kita dah habis satu sem dah pun kat sini... Jadi, macam mana?? Buat yang 1st year mereka akan merasai kenikmatan cuti sem yang pertama... So korang rasai la puas-puas ye... Sebab lepas ni, korang tak akan merasai cuti yang seindah itu lagi...


Menunggu cuti ni ibarat menanti cucu macam opah ni... Lama siot!!!


Well, Nana dah plan nak wat perkampungan, tapi telah berjaya dibidas atas alasan yang kukuh... So korang akan menikmati cuti yang maksimum.. Dan nasihat aku untuk semua warga DOT, jangan pegang jawatan kalau nak cuti panjang... Tengok Nana sudah laa, sampai dah kurus dah sekarang nie dibuatnya sebab jadi JAKSA...

Well, lu ni tulis post yang merepek la bro... Tau la dah nak cuti pun... Hahaha, aku memang nak merepek sebab aku nak memotivasikan adik-adik aku balik... Ini flow 1st year 1st sem budak u ea:
-Masuk orientasi, Feel: Malasnya nak tinggalkan rumah..
-Dah start kuliah, Feel: Semangat tol, aku dah jadi mahasiswa!!
-Agak lama sikit, Feel: Banyaknya assignment, kos susah lak tu...
-Dah start exam, Feel: Alamak, macam mana ni?? Aku nak buat yang terbaik!!
-Dah habis exam, Feel: Yahoo!! Dah leh cuti!!
-Bile kua result, Feel: Hah?? Mcm ni je aku dapat??

Hahaha, selalunya macam tu.. Kalau result tu, aku no komen la sebab cara pemarkahan di u dah lain.. Tapi yang pastinya kebanyakan freshie akan melalui fasa nie... Hopefully siapa yang kena akan buat yang terbaik pada 2nd sem... Kerana hala tuju 2nd sem itu yang akan mencorakkan anda semua...

P/S: Happy Holiday buat semua... Maaf, video tak sempat siap... Yela, aku sorang merangkap dari pengarah sampai la ke boom mike kan??

Tuesday, November 18, 2008

SuperPtuih! revisited....

Ini ada sedikit gambar semasa pementasan naskhah SuperPtuih! dan Transit Kaler Magenta di Panggung Seni untuk Festival Teater UKM baru-baru ini....










Ada Member Kite Ditimpa Musibah laaa..... v2.0

Perghhhh....

Rasanya bulan ni memang bukan bulan DOT la rasenya... Asyik ditimpa musibah je kawan-kawan kita kan?? Yang ditimpa musibah masa dalam dewan exam tu laen laa.... Sebab tiap tahun mesti ada paper yang susah cam ****.... So, ak kategorikan benda alah tu dalam musibah juga laa sebab aku pun mengalaminya..

Yang nak cerita ni pasal brader "oh shit" kita... Sapa lagi kalau bukan abang Wan kita.... Minggu lepas Nana ada call, katenya kene denggi lagi.. Oleh sebab dia baru je kena denggi kami semua assume tak ade apa-apa la kot... Ye la, maybe kesan antibiotik masih ada lagi... Seperti kata pepatah 'alah bisa, denggi biasa jer'....

Namun, Skyline yang ku sangka, Monster Truck yang tiba... Kami terkejut bile dia tak hadir exam kalkulus tengah hari tadi... Rupa-rupanya dah seminggu kat dalam wad.... Alahai, nasib baik bukan dalam jel...

Kurang ajar!!! Berani ko gigit abang Wan!! Aku bagi Ridsect nanti baru tau!!

Walau apa-apa pun semoga abang Wan cepat sembuh. Dengar cerita dah keluar wad dah... Paan dah bising-bising nak tengok 'figure' abang Wan yang baru sebab hari tu berat badan beliau turun sangat lepas kena Denggi... Nway, cepat la balik sini ea.... Kami ni risau la....

Hehehehehe.... Pada warga DOT yang laen jaga kesihatan ea... Jangan ada yang pula yang kene taun ke, kayap ke.... Tak comel la beb...

Daaa.... ENJOY!!!

P/S: Video DOT baru siapkan 10 minit.... Ada lagi 15 minit untuk disiapkan... Tunggu la ea....

Friday, November 14, 2008

Ada Member Kite Ditimpa Musibah laaa.....

Hahahahaha....

Bila aku nak menulis post ni itu je yang terlintas dalam fikiran aku.. Aku rase cam nak tergelak pulak... Aku tau, korang mesti rase aku ni jejaka yang tak bertimang rasa sebab nak gelakkan member kite yang ditimpa musibah...

Tunggu la aku story dulu... Jangan buat keputusan terburu-buru... So cite die camni...

Ari tu yang aku dah tak ingat dah ari ape, cam biasa r, sibuk jer shoot video korang... Dan kebetulan pula, ari tu giliran si opah dan aliaa... So sambil-sambil berlakon, diorang pun bercerita la masalah yang dialami... Biase la tu, selaku senior yang memahami dan bertanggungjawab, aku pun dengar je laa...

Nak dijadikan cite rupanya budak dua orang ni dah dapat love letter... Tapi bukan dari laki, dari perempuan ye kawan-kawan... Wah, saya tau apa yang anda fikirkan sekarang!! Tak baik tau... Sebenarnya surat cinta itu diperolehi kerana mereka telah didapati bersalah akibat berbuat bising di dalam bilik...

Love Letter yang budak-budak ni dapat...

Menarik tak cerita nie?? Agak menarik kan?? Walau macam mana pun aku still nak tergelak jugak... Kenapa?? Kalau kite pun mesti la sakit hati dapat love letter macam tu kan?? So, si opah dengan Aliaa ni pun mengambil langkah drastik!! Langkah yang boleh dikategorikan mengundang pertumpahan darah!!

Korang nak tau diorang buat ape?? Diorang tulis balik depan pintu bilik diorang dengan kate-kate yang penuh kesopanan dan kemelayuan...


Opah membalas love letter tersebut dengan perasaan kasih sayang...

Hahahahaha...
Hidup kat UKM ni dah cam peralihan untuk korang idup dalam dunia sebenar beb... So belajar la bertolak ansur dan yang penting grow up gal!!! Maen anta surat plak, anta email la kalo berani... Jadikan la benda ni sebagai satu iktibar... Hehehehehe

P/S: Say O selalu memekak dalam bilik dia, tak ade orang bagi surat pun kat beliau...

Wednesday, November 12, 2008

Saya Pun Boleh Berlakon Video!!!!


Perghhhh...

Macam apa yang aku cakap sebelum ni, sesi shooting DOT telah pun bermula... Jangan isau, bagi yang pemalu tu, video yang akan dibuat ni adalah untuk promosi DOT... Dan saya ingin meyakinkan anda bahawa video yang akan disiapkan ini adalah untuk tontonan umum dan tidak akan mengandungi sebarang adegan lucah mahupun keganasan. Even Fatin pun kena jadi lemah lembut dalam video yang akan dihasilkan nanti...

Okey, biarlah aku terangkan secara ringkas pasal video yang akan dibuat ni. Sebenarnya aku agak tertarik dengan industri ni, so aku pn berfikir "why not DOT pun cube??".. Then, aku decide nak wat benda ni setelah bersusah-payah mencari software video editing yang lebih sesuai berbanding dengan movie maker...

Video ni akan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian montaj dan bahagian dokumentasi... Bahagian montaj ni pula akan mengenalkan budak-budak DOT lelaki dan perempuan dalam dua montaj yang berbeza...

Dokumentasi ni lebih merumitkan sikit.. Soalan akan ditanya kepada budak-budak DOT dan semua ni akan digabungkan dalam sebuah video.... Namun begitu, satu watak suara latar versi lelaki dan perempuan masih dicari... Sesiapa yang berminat sila hubungi aku...

Benda ni wat sebagi cubaan jer... Kalau jadi maybe kite akan wat satu sketsa dalam bentuk video.. Yang simple jer...

P/S: Korang jangan isau.. Aku wat ni tak minta untung pun... Kalau dah siap nanti korang bagi pendrive je kat aku... N pada semua yang belum shoot lagi tu, minta kerjasama anda bersama ea... Hehehehe

Thursday, November 6, 2008

Nick Saya Kacak... Anda Pula Bagaimana??

Melihat pada post terbaru Shid, ak tergerak untuk menulis post ter baru ini... Wah, tak sangka pula Shid ada nickname mase kecik-kecik dulu... Joy pulak tu *nasib baik bukan Lina Joy sudah*... Dan aku terus melafazkan kata-kata yang tak ikhlas ini "Glamer tol nama Shid"..

Itu kisah Shid... Kita semua dah taw *ye laa, dah die gedik bagitau kite kan??*... So macam mana pulak kite.. Taknak ke bagi nickname untuk setiap budak-budak DOT???

Perghhhhh... Kalau ingatka masa sekolah balik, mana ada budak yang takde nickname... Kalau takde tu maksudnya ko tu tukang kebun sekolah atau ko bonzer yang digeruni ramai... Papepun nama still diberi, yang sah-sah la tak sama dengan surat beranak diorang kan... Dari seburuk-buruk langau sampai la sepelik-pelik 'moja'... Aku ada kawan yang dipanggil Nubas (terbalikkan dari perkataan sabun).. Nape dipanggil Nubas?? Lu fikir la sendiri!!!

Justeru merujuk balik kepada isu yang dibincangkan, bukan isu alam sekitar ye Mat. ini adalah isu nickname... Setelah direnung dan di analisis, Say O, Opah dan Fantagino telah diberi nick yang sangat bersesuaian dengan diri mereka... Tapi bagaimana pula dengan yang lain-lain...

Cubaan abang Wan untuk memberi nick kepada Paan telah mendatangkan impresi rascist di kalangan rakan-rakan sekeliling, sebab tu nick tersebut terpaksa direview balik... Kang tak pasal-pasal ade pulak kene tangkap dek ISA sebab si Paan tu.. Manakala cubaan aku dan Mat untuk memberi nick kepada saudari Fatin telah diakhiri dengan tragedi di mana kami nyaris masuk wad ICU akibat tulang belakang yang dipukul...

Kami masih bingung nak bagi nick ape la kat diorang nie...

Huh, bukan nak kutuk korang pun dengan panggilan nick ni... Tapi yela, leh menimbulkan kemesraan lagi pe... Kang 5 tahun lagi, bila aku dah kahwin dengan mana-mana artis, ak takkan kenalnya kalau orang sebut 'Ezzati Sulhi'... Tapi bile diorang sebut je Opah, for sure la aku kenal kan?? So senang la korang nak minta autograf bini aku nanti...

So macam mana?? Kalau rase nak bagi nick kat sape-sape tulis je komen or even shout je kat shoutbox sebelah ni... Admin sedia mendengar... Tak payah la skema-skema, korang bukan dapat merit pun kalau dapat nama skema nie...

Anda mampu memilihnya!!!!!

P/S: Bosan tul, sekarang ni takde idea langsung nak tulis blog... Shid jangan marah ea... Nanti kene jual... N aku dalam proses siapkan video DOT... Masih dalam percubaan...

Monday, November 3, 2008

Muka Say O Sama Mcm Warden Sekolahku...

Cikgu Suki....
Masih terngiang-ngiang nama tersebut di lubuk pemikiranku... Warden yang dibenci masyarakat... *masyarakat student masa tu je r* Masih ku ingat beliau je la warden yang paling aktif mendenda komuniti pelajar masa tu..

Ya.. Memang dah lama aku tidak berjumpa beliau. Aku dah lost contact dengan beliau. Status beliau pun aku dah lama tak ambil peduli. Tak tau la sama ada single, in a relation, married mahupun its complicated. Ya... Aku semakin melupakan beliau..

4 tahun kemudian, aku hadir di UKM.. Tatkala itu juga junior-junior DOT masuk mengadap.. Semuanya comel-comel, ada yang bergelar opah, yang gelak tak senonoh, yang suka menampar belakang, yang panjang mahupun yang slow... Namun di celah-celah keramaian tersebut, seorang pelajar mengingatkan aku pada masa silam. Pada waktu tu aku berfikir "muka dia ni sama dengan sape ea?" Teruk juga aku mengimbau, flashback punya flashback aku berfikir "Damn, kalau ada mesin masa Doraemon mesti takde la sesusah nie"

Akhirnya aku malas berfikir... Namun semalam sewaktu bercerita kisah silam dengan member-member aku, baru aku tersedar dia mengingatkanku pada siapa..

Ya.. Pada wardenku... Pada warden yang pasti akan mendapat tangga tercorot dalam undian Anugerah Warden Popular di sekolahku..

Pelajar itu adalah *Jeng2!!!, plus bunyi drum* Say-O *sound effect bunyi kilat*!!!! Maaf, nama sebenar beliau terpaksa dirahsiakan untuk mengelakkan beliau didera rakan-rakan sekolahku yang membaca blog nie.. *Beb, ade org bace ke blog ni??* Hantu betul r ko ni, tak reti-reti nak blah ke?? Kau tengok tu, comel je orang yang tengah bace post aku ni...

Adakah beliau ada bau-bau petai dengan warden tersebut... Itu masih dalam penyiasatanku...

Dah rasa macam balik sekolah dah, tiap-tiap hari jumpa warden.. Tapi bezanya sekarang, dia dah tak boleh denda aku pumping kalau aku tak pergi surau lagi dah... Sebaliknya aku yang boleh denda dia..

Owh cikgu, di manakah dikau?? Di saat ini hanya Say-O yang menjadi talian yang menghubungkan ingatanku denganmu.. *Bro, lu pehal?? Cam gay je aku tengok* Kalau rase nak kena langgar dengan lori sampah, kau cakap la lagi!!!!

Namun benar, aku pasti merindui beliau. Tatkala bangun pagi akibat dikejutkan nyanyian Say-O yang memekan tu, aku terbayang dulu cikgu tu pernah kejut Subuh walaupun dengan cara yang lebih brutal.. Bila Say-O datang ke bilik untuk main game, aku terbayang warden tersebut datang buat spot check..

Tapi walau macam mana pun, aku masih merindui zaman sekolah yang tak banyak assignment tu. Tak payah nak daftar kursus online dan tak payah nak beli makanan waktu malam. Dan ingat la beb, tanpa cikgu-cikgu dulu, kite takkan sampai ke sini... Tanpa warden yang marah-marah tu, mesti ada yang dah jadi cam adik beradik Ptuih!, Helium dan Maseh Dara. Mintak simpang laa...

P/S: Happy Belated Hari Guru... Jasamu kukenang... Post ni adalah tribute untuk cikgu-cikgu sekolah yang telah mendidik kita dan tak pernah lupakan kita... Juga tibute untuk Say-O yang memeriahkan lagi DOT... Hehehe, kau jangan kecik ati pulak... Maaf la ea...

Daaa... Have Fun..

Sunday, November 2, 2008

DOT ke DOS?????

Nak tak nak benda ni pasti menjadi tanda tanya gak... Kenapa perlu bagi nama DOT (Dato Onn's Theatre) sedangkan kita banyak wat sketsa je? Apakah lebih sesuai kita digelar dengan nama DOS (Dato Onn's Sketch)? Memandangkan sketsa kita dah banyak yang dipuji, maka sekali lagi saya cuba menerjah isu ini..

Apalah ada pada nama? Itu yang orang selalu cakap, tapi peribahasa mengatakan 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'. Yela, memang kite bercakap pasal nama kelab dan bukan pasal nama manusia, apatah lagi nama harimau yang tak ada kene mengena pun dalam skrip 'terjah' edisi ini.

Biarlah kita tengok dlu apa beza sketsa dengan teater. Seperti yang semua orang tau, teater ni lebih rumit dari sketsa.
lebih panjang, dan lebih memerlukan tenaga kerja. "Jadi bro yang slama ni kami wat 2 bkn teater la ea?" Erm, yela 2 kot. Tapi jangan lupa kelab kite pernah menyertai FTU di mana kita memang mementaskan teater pada masa tersebut. "Alah, baru sekali je bro" Ewah2, ko memang kerja nak membangkang je kan? Biar la sekali pun, janji ada.

Sama la jugak cm TEKAD yang mengatakan mereka kelab teater tapi diorg pun banyak wat sketsa gak. Sekarang ape ko nk ckp?? "Errrr... Tit2... SMS dr mak r bro, gua blah dlu r ea" Tau pulak takut. berbalik pada cite tadi. Memang kite tak mampu nk wat teater. "Tak mampu ke takde org jemput bro??" Siottt, igtkn dh blik dh tadi natang ni. Hiraukan dia. Kite xde peluang nak pentaskan teater tp xbermakna kite tak mampu kn? FTU membuktikan segalanya....

Papepn, even anak kambing Mary pun kena ada nama (merujuk lagu Mary had a Little lamb), walaupun pada hakikatnya jangka hayat kambing tersebut singkat jer. Tambahan pulak, dh dekat dengan Raya Haji ni kan?? So apatah lagi kelab kite yang sah2 lagi panjang umur dari anak kambing si Mary 2...

So korang undi laaa nama yang korang ase sesuai... Bincang leklok taw, jgn gado2 pulak.. Yang kalah nanti 2 jgn gado pulak... Nak gado kite lawan result exam, okey...

Daaa... Have Fun....

Saya Rindu Anda Semua!!!!!!!

Alamak!!

Stat je musim exam ni, muka comel junior2 aku pn semakin menghilang ibarat biskut Marie yang telah dilarikan oleh monyet masuk ke dalam hutan UKM yg blm prnah diteroka oleh Christopher Columbus mahupun Sinbad.

Papepn bkn nk cite psal Christopher Columbus mahupun Sinbad ataupun berkenaan hutan UKM yg dihuni beruk2 itu.

Ya. Saya mahu bercerita pasal diri anda. Tadi baru blik meeting. Saja suh Nana wat meeting pggil smua sbb nk sgt muka-muka comel korg. Last2 yg dtg say-o dan set-set engineer masa dpn. Yg pmpuan plak Bujang Lapok versi pmpuan r (Ayu, Zai, Yana). Owh xlupa jgk gandingan Palie dan Mat. Mereka mmg setia bersamaku, ak terharu wlpn ak slalu kondem si Palie. Hahaha.

Persoalannya, mana yg laen? Adakah punggung mreka tlh mghsilkn akar yg mncgkam trus ke dasar lntai blik mnyebabkn mereka tdk bleh kua blik dan boleh mmpu menjana makanan melalui fotosintesis (xpyh ke kafe r mksdnya). Entah la, bleh ke manusia mnjadi tumbuhan? Hanya Agent Mulder dan Scully yg leh siasat bnda 2 (dari cite X-Files r).

Pepepn kehilangan mereka ni tidaklah kronik seperti kehilangan kanak-kanak yg berleluasa awl tahun ini dan memrlukan repot polis. Jgnkn polis, pak guard UKM pn bg penyepak kalo korg melaporkan kehilangan mereka ni. Owh, sebelum tu, izinkan saya lampirkan muka-muka yang sudah lama tidak dikesan dari pandangan mata kasar saya. Kalau pakai mikroskop tak tau r leh nampak ke tak tp aida najwa leh je kot.. Hehehehe

Kali terakhir dilihat berkeliaran di depan DECTAR bersama roomate beliau....

Kali terakhir dilihat berkeliaran di depan Dectar juga bersama roomate.

Kali terakhir dilihat mengorat Ijan masa sketsa hari raya.

Kali terakhir dilihat masa melantak di kafe beberapa minggu lalu.

Kali terakhir dilihat masa kat kafe juga, tapi beliau berjalan ke tempat lain.

Dah tak ingat beliau kali terakhir dengan beliau.

Kali terakhir dilihat membeli makanan di KTHO untuk melantak di bilik.



P/S: Lagi seorang adalah Opah Zati. Gambar beliau gagal ditemui sebab masa zaman beliau dlu kamera tak cipta lagi...


Mereka ini tak boleh dikelaskan sebagai MIA sebab MIA tu Missing in Action, diorg ni Action ke?? So adakah mereka telah diculik alien?? Yang peliknya, kalau diculik alien, ym diorg still bleh online. Takkan wifi jaring pun ada kt planet alien 2?? Mesti no connectivity kan kt sna?? Kalau mereka ini bersembunyi akibat malu, mungkin juga. Tapi nak malu apa sangat?? Kalau setakat jerawat batu kat muka 2, tak kisah laa... Seperti kata pepatah 'biar jerawat batu hinggap di muka, jgn batu betul kena baling kt muka'. Atau adakah mereka ni sebenarnya superhero yg bertungkus lumus d waktu malam. Jadi waktu2 peak hour ni diorg mengumpul tenaga utk menyelamatkan orang. Kalau betul la, memang x efektif betul mereka ini. Jelas, jenayah masih berleluasa, nk kena harapkan geng-geng Gerak Khas juga. Semua kemungkinan telah dianalisis dan direject, jadi apakah jalan penyelesaiannya??

Justeru, langkah yang paling simple adalah memanggil mereka ini ke ruang yang boleh dilihat dan bersembang. Hahahaha, bukan pe juz missing da good old days. Bila aku ckp missing 2, korang jgn la missing lagi pulak. Even kalau boleh berjumpa jap, sembang-sembang dalam 5 minit kite semua dh dapat tau banyak benda dah dari kawan kite kan??

Bukan la nak paksa korang semua tiap-tiap hari kua sembang, even dari blog ni pun kite leh interact gak kn? Ak dh letak shout box utk masing-masing meninggalkan kesan.

So kesimpulannya, jangan hilang-hilang, rajin-rajin r berhubung. Gunakan blog ni dgn sebaik mungkin. Aku akan kembali dgn post yg lebih relax pasni sbb xnk semua tensen2 sgt dgn paper yg melambak2..


Adious.


P/S: Sape-sape ada post yang nak submit untuk blog ni leh r berbuat demikian dengan menghantar email ke teaterkdo@gmail.com..

Saturday, November 1, 2008

Exam lorrrr....



Ape la aku nak jawab nie???

Its dat time of da sem again..... (damn!!!)

"Alamak, note xbace habis lg r..."
"Eh, bab ni msuk ape ea??"
"Bapak ssh gile topik nie"
"Aku isau r exam sok"

Yup, dh smpai masenya utk korg final... Utk 1st year ni r 1st time korg alami bnda nie... So bia kite tgk ape jer yg berlaku mase2 gini... Kalo korg nk taw, mase2 gini r org start psiko... Bdk yg slalu maen2 tibe2 dh xnk kua blik dh... Perghhhhh..... Mase ni even org yg plg rjin pn akn ase tercabar...

N mase ni gak r PTSL bcambah dgn umat2 manusia.... Biase r kn, wat study group.. Tp yg pliknya dlm setiap study group ni msti ade sorg laki dgn pmpuan jer... Menarik?? Itu r student UKM...

Wat yg suke study kt sorg 2, kt blik je r tmptnya... Tp wat mase skrg tmpt ni adalah sgt xkondusif, kate si Alyaa r... Nape?? Sbb natang internet ni r... Hehehehe... Online jer manjang kn??
Note buka cket, dh tido dh...hehehehe

Yg otak2 lembap cket cm ak nie, stress makin mngkat r dr hari ke hari... 2 r, wat lg last minit, mmg dasar Melayu...

STRESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Pepehal pn, nk kasi tips r cket kt korg... Jgn stdy note jer, tgk past year jgk... Sbb mostly lecturer UKM ni mls nk wat balik soalan.. Utk yg amek TITAS 2, jgn r panik beb... Mmg truk cket nk jwbnya, sbb smua jwpn korg kene analisis n hitamkn...

Nway Goodluck ea utk smua... Yg xstudy lg 2, cpt r ea... Yg dmam 2, jge2 r ksihatan beb... Kalau bace semua tp xchat pn xgune gak beb... Sape dpt 4flat, abg safwan akn blnja korg kt Starbuck... Perghhh.... Jgn ragui kemampuan beliau, beliau dh ada kete dh 2.... Hehehehe

Good Luck n Good Bye for now...


Tiada kejayaan yg dtg tanpa usaha dan pengorbanan... For now, 2 benda alah ni r matlamat kite semua....

Thursday, October 30, 2008

Tangan Emas DOT....


Di mana bakat ditonjolkan...


Teori ini baru saja dibuat. Setiap warga DOT pasti mempunyai tangan emas. Tapi persoalannya sekarang, berapakah nilai emas bagi setiap individu? Saya cuba menyingkap isu ini. Adapun istilah tangan emas itu adalah merujuk kepada kebolehan seseorang ahli untuk bermain bowling. Senang cakap setiap warga DOT ni perlulah didedahkan kepada aktiviti riadah yang membuang masa ini.

Sebelum memulakan tesis ini adalah lebih baik permainan bowling ini cuba dikenali dengan lebih rapat dan mesra. Permainan bowling yang sering kita mainkan ini digelar tenpin bowling. Ada satu lagi permainan boling yang digelar boling padang, namun permainan itu tidak sesuai untuk kita kerna ia dimainkan di padang (dah nama pun boling padang) yang panas. Bagi pelajar UKM yang senang berpeluh macam kita (Fatin especially) aktiviti itu sepatutnya dihindarkan sama sekali. Berbalik pada tenpin bowling, permainan ini dipanggil sedemikian kerana ada 10 (orang putih panggil ten) pin yang perlu dijatuhkan. Yelah, kalau ada 7 dipanggil sevenpin, kalau dua pula kita panggil la twopin. Oleh sebab sevenpin tak sedap dipanggil dan twopin pula terlalu sikit pinnya, maka pakar-pakar berpakat untuk mengambil nama tenpin sebagai nama rasmi yang akan dikomersialkan.

Berbalik kepada peraturan bermain bowling, setiap pemain akan cuba menjatuhkan 10 pin dengan menggunakan bola yang agak berat dan boleh membunuh jika dibaling tepat kepada kepala seseorang. Justeru, apabila pin berjaya dijatuhkan maka banyak la markah yang akan diperolehi. Apatah lagi jika seseorang pemain berjaya memperolehi strike atau spare. Akan berlagak la beliau apabila itu berlaku kerana markah mesti tinggi punya.

Cara baling yang betul..

Jadi apa sinonimnya bowling dan DOT? Kalau bunga raya bunga kebangsaan, maka bowlingboleh la dipanggil permainan rasmi DOT. Bukan tak nak memartabatkan permainan tradisional seperti congkak, wau atau galah panjang, namun ketiadaan aksesori dan tempat menyukarkan keadaan. Maka bowling dipilih dari situasi ini.

So tak guna ada permainan rasmi kalau tak main kan?? Jadi, tepuk dada tanya la selera.

Antara port bermain bowling yang terkemuka bagi warga DOT:

  • Mines Shopping Complex
  • WARTA
  • Metropoint

Perempuan pun boleh...

Thursday, August 14, 2008

My Review on da Junior...


stp tahun mesti akn ada rmai msa pesta konvo...

tp bla soknya suasana DOT kmbali sunyi..

xkn de org yg kita slalu nmpk 2 lg...

kenape?? tepuk dada tnya la selera...

sibuk?? mgkn, tp sumtime mesti ada ruang gak kn??

ak n abg sfwan dh nk bsara...

jth bgn DOT lpas nie adalh bwh tggjwb korg plak...

lets take a review of those junior who has dat ability to guide DOT 2 da next level...


2nd year:

ni batch yg diaggp sbgai pemangkin renaissance DOT... dgn batch nie, DOT bnyk mgecapi kjyaan, 2nd place dlm 2 acara teater tersohor dlm ukm nie... mng plbgai angrh n mula dikenali oleh pgrsn kolej sdri... bg ak batch ni xde yg btol2 mmg ada natural talent, tp yg mnriknya diorg ni mmg sgt2 mnat utk blaja… dan ini membuatkn diorg ni mmg sgt2 kuat dr segi bonding dan pglmn… bnyk lg yg diorg perlu blaja, but at diz pace DOT is at safe hand…

1st year:

Xlama sgt knal batch nie, knal pn bbrpa org je yg join ftu… tp xpe, ak tls ni bdsrkn pmrhatian msa prtndgn choral speakg… wateva it is, diorg dh bjya wat.. diz batch ni sng ckp ssh cket brbndg dgn yg sblmnya… sbb dlu wat muzikal, lgpn kbnykn bdk cm pasif je… tp batch ni agk aktif smada dr segi idea atau pepe lg r.. cmne pn diorg ni ak xleh bg rating lg sbb xlma knal…

Erm, sbnrnya ak tls ni sbb ak trpk dkt tekad skrg senior yg btol2 power dh nk abes… sma jgk dgn yg kt DOT.. agk poyo apa yg ak tls.. tp wlau pep n sape2 pn xnk ape yg die bina hancur cm2 je bla die dh xde kn… trpulg r kt korg… lpas ni wat r yg trbaek…

Monday, August 11, 2008

Hai Semua...




erm, juz saying hello...
ekceli blog ni terbuka wat smua warga dot...
so sape2 yg nk contribute artikel dialu2kn sma skli...
n plz sertakn nma korg skali so ak leh taw sape yg contribute utk blog nie...
bleh je antakn post korg kt email nie...
teaterkdo@gmail.com...
usaha ni trpksa dibuat kerna pnpisan perlu dibuat oleh pihak atsn trlbih dahulu...
juz enjoy wif da blog guyss..