Monday, August 30, 2010
Monday, August 23, 2010
Siri Bercakap dengan Ijan (pt 2.0, 3.0, 4.0) DVDRip
(edisi Facebook telah dipublish oleh Arep)
Ijan : Lepas ni kalau nak keluar mana-mana memang tak ajak sapa-sapa dah la. Terus ajak Wawa ja!
pt 3.0
Ijan : Ajak semua orang keluar, semua orang taknak keluar!
Gua : Yeke? Habis lu keluar sorang je la?
Ijan : Tak. Dengan Wawa.
pt 4.0
Gua : Awek call lu!
Ijan : Tak. Mesej.
Sender : DOT Wawa
special edition
Gua : Malas betul pakai pengetip kuku lu. Kecik sangat.
Ijan : Habis dah orang kecik, pengetip kuku kecik la.
fin.
Sunday, August 22, 2010
Aku mungkir janji.
Friday, August 20, 2010
KFC Lagi
Tarikh berbuka puasa dengan menjamah ayam KFC jatuh pada hari ahad bersamaan 22 Ogos 2010.
Tempatnya bilik kebud. Sila berada di situ selewat-lewatnya pukul 7.0 petang. Bawa bersama nasi dan lauk tambahan kalau merasakan 2 ketul ayam dan 1 coleslaw x cukup kenyang (roughly, ni lah apa yang korang akan dapat, KEMUNGKINAN KECIL dapat lebih sikit, jangan terlalu berharap).
Insyaallah aku akan mintak tolong Wawa buat air lagi. Sos cili akan disponsor. Sos Life, bukan sos Fatimah/Sedap/ Cili Kaw.
Junior2 yang tak kenal Fatin, sila guna peluang ni untuk berkenalan. Kalau x cukup duit, pau kat dia. Dia dah kerja.
Kepada yang tak dapat datang, aku minta maaf. Memang boleh nak drag sampai ke lepas raya, drag lagi sampai ke exam, malah ada yang sampai ke sem depan. Tapi aku x nak. Sebabnya aku x nak.
Ok, tu je kot. Ada apa2 tulis kat komen KAT BAWAH NI, BUKAN CHATBOX. Situ bahaya, sekali komen pastu ada 8 sembang merapu, yang komen tadi dah terkebelakang.
Baiklah, selamat berpuasa.
Wednesday, August 18, 2010
Kali Ini Aku Bersuara
Memang mustahil kalau emua orang boleh ada, mesti ada sorang 2 yang telepas sebab balik la, g rumah bla3 la, dating la, study la, main game la, tidoq la, macam2 la. So, kita kena keraskan hati, memang 2 tarikh pilihan tu je.
Buatkan perbincangan di ruangan komen. Nanti bila aku bersemangat aku buat mesej kat FB pulak.Oh ye, berbuka kat bilik Kebud je. Susah nak angkut 20 lebih orang g Kajang. Juga susah nak dapat tempat duduk kat sana.
Selamat mendecide.
Review : Laila Majnun (2009)
Itu bukan aku saja yang cakap. Itu dari kaca mata khalayak juga.
Laila Majnun sepertimana yang kita tahu adalah kisah cinta Laila dan Qais. Tipikal seperti Antara Dua Darjat tetapi dipenuhi warna warni lagu-lagu ubahan (bukan gubahan) sendiri dan warna-warni karakter itu sendiri.
Tak ramai yang tahu tentang produksi Laila Majnun kecuali adik-adik tahun 3 sekarang.
Laila Majnun the musical adalah produksi yang dipentaskan sempena Fiesta Hakera. Asalnya ingin dipentaskan di pentas Panggung Seni namun terpaksa dipentaskan di tapak Fiesta Hakera saja akhirnya.
Produksi ini mengambil masa hampir sebulan. Lagu tema adalah lagu Tanya Sama Hati nyanyian P Ramlee dan Nur Madiah. Dengan lagu-lagu lain seperti Epihany disampaikan oleh Say O, YMCA secara beramai-ramai, Mari-mari Tuan (gua lupa tajuk) oleh Leha dan rakan-rakan, Prince Ali secara beramai-ramai dan lagu DOT sesi 2008/09 ; Phantom of the Opera juga disampaikan secara beramai-ramai.
Apa yang menariknya tentang Laila Majnun the Musical?
The sense of classic. Bila disebut kisah cinta Laila dan Qais, anda pasti akan terbayang Romeo dan Juliet. Untuk mengekalkan rasa cinta dan klasik di dalam pementasan muzikal, pemilihan lagu perlulah bersesuaian dengan apa yang ingin dipentaskan.
Dan lagu apa yang lebih sempurna dari Tanya Sama Hati. Disampaikan oleh legenda perfileman negara dari satu filem legenda. Klasik.
Ini juga merupakan teater breakthrough untuk beberapa watak. Amir melakonkan watak Ustaz buat kali pertama mendapat kritikan hebat selaku appetizer pementasan. Watak paling menonjol pastilah Leha. Dia even buat apa yang tak disuruh dan masih mendapat tepukan. Di sinilah nama Leha muncul. Say O, the face say it all, tapi bila tiba masa menyanyi he did great. Dah dengar lagu Epiphany? Cuba nyanyikan lagu itu kalau anda rasa apa yang dia buat tahap 'hek eleh' saja.
Menggunakan latar belakang Arab, kami menggunakan apa yang ada untuk pementasan ini. Dan apa kisah, semua berjalan lancar.
Watak utama Huzei dan Hazal mampu menggalas beban sebagai gandingan utama. Ramai juga yang agak-agak touching dengan mereka.
Keistimewaan aku bukan dari bidang muzikal. Tapi jika ditanya, ya, muzikal memang menyeronokkan. Aku pernah berlakon dan menjadi produksi muzikal. Jadi percayalah.
Overall, teater ini boleh dikatakan berjaya. Hanya audio yang bermasalah sedikit. Tapi berjaya diatasi. Namun masih banyak yang perlu dilakukan oleh DOTters jika mahu mencapai tahap muzikal sebegini lagi.
Terima kasih Abg Safwan.
Terima kasih DOTters. =)
Monday, August 16, 2010
Review : Antara Dua Darjat
Sepertimana yang dijanjikan.
Apa yang menariknya mengenai pementasan ini?
Thanks Dotters. =)
Saturday, August 14, 2010
A Tribute to org-org LAMA .
Friday, August 13, 2010
Persembahan Teater.
Bangsawan “Tun Mamat dan Mimpi Tuanku” (7 – 9 Ogos)
TEATER: Short Eyes
ANJURAN: Rumah Anak Teater
KARYA: Miguel Pinero
ARAHAN: Fared Ayam
TARIKH: 5-8 Ogos 2010
TEMPAT: PJ Live's Art, Jaya One.
MASA: 5-7 Ogos (8.30 mlm) 8 Ogos (3.00 ptg)
TIKET: RM30 (Dewasa)
RM 15 (Pelajar/ Warga Enas/ OKU)
Preview 4 Ogos (RM15)
Tiket pelajar terhad kepada 60 kerusi setiap pementasan
hubungi Hafiz 012-2395209 atau layari rumahanakteater.blogspot.com
email: rumahanakteater@gmail.com
TEATER: Bangsawan PUTERI MAHARANI
ANJURAN: JKKN, DBKL & Persatuan Penggerak Seni Budaya KL
KARYA & ARAHAN: Sakrani Shamsuddin
TARIKH: 6-8 Ogos 2010
TEMPAT: Panggung Bandaraya DBKL, Jalan Raja Laut
MASA: 6 & 7 Ogos (8.30 mlm) 8 Ogos (3.00 ptg dan 8.30 mlm)
TIKET: RM5.00
hubungi 03-2617 6303/6289/6305 (DBKL)
03-2052 3600/3646 (JKKN)
TEATER: Cuci The Musical 2
ANJURAN: Tall Order Production
ARAHAN: Dato Zahim Al-Bakri
TARIKH: 27 Julai - 9 Ogos 2010
TEMPAT: Panggung Sari Istana Budaya
MASA: 3.00 ptg & 8.30 mlm
TIKET: RM33/ RM53/ RM83/ RM123/ RM163/ RM193
layari www.cucithemusical.com
Teater
"Kalau saya join KTR macam mana? Sebab saya rasa ilmu teater saya masih belum cukup lagi la."
Dah berapa lama aku dalam DOT? Kalau ikutkan dah 3 batch aku konon perturunkan ilmu.
Heh. Suka ayat perturunkan ilmu.
Dari setua-tua Palie sampailah semuda Wann, sila tanya mereka apa yang aku ajar. Aku rasa sepatah haram pun tak ada!
Pernah aku buat kelas perjelaskan blocking? Masking? Surealis? Realis? Absurd? Pernah aku buat kelas perjelaskan ambient yang sesuai dalam teater? Pernah aku buat kelas?
Tak ada.
Seorang akak senior dalam KTR, orang yang paling aku sanjung dalam mendengar sebarang nasihat dan kata panduan pernah berkata ini pada aku,
"Dalam KTR ni kita kena belajar melalui alam."
Aku tak pernah diajar untuk mengarah, berlakon dan sebagainya. Tapi aku belajar melalui pemerhatian. Aku tengok dan aku cuba. Itulah teater.
Dalam DOT aku tak pernah ajar mereka ini secara terus tetapi aku mengajar mereka dari cara aku. Macam mana aku buat mereka adaptasi dengan cara mereka sendiri. Beb, kau tak akan boleh mengajar insan lain macam mana untuk menjadi kreatif. Itu dari pemikiran sendiri.
Aku tak tahu kenapa anda semua, senior to junior menganggotai DOT atau teater. Tapi itulah dia, nak belajar teater bukan macam biasa. Dia lebih kepada pemerhatian.
3 tahun menjadi senior, sepatah haram pun aku tak pernah ajar apa-apa pada mereka. Apa yang mereka ada adalah atas dasar usaha mereka sendiri.
Dan dalam diam mereka semakin mengenali teater.
Ini mungkin bukan cara terbaik untuk melatih dan mengajar. Tapi ini cara aku.
Sebab aku pegang kata-kata ini,
memanusiakan manusia melalui budaya teater.
fin.
Wednesday, August 11, 2010
Quote
"Aku hanya perlukan pelakon dan penonton untuk menghasilkan sebuah teater. Aku tak perlu set, kostum, prop dan segalanya."
By Jerzy Grotowski.
Fin.
Result SPM Keluaq Dah, Hang Teghok!
Dem. Ismeth blocking.
Tiba-tiba hati kecil gua terfikir. Otak slow sikit.
Apa kata tahun ni kita buat baju D.O.T awal sikit?
Lepas ni confirm kita akan ada lagi produksi-produksi yang memerlukan lebih ramai kru disebalik-tabir-produksi berbanding produksi boria yang lepas.
Mesti lagi psiko bila dapat tengok kru-kru D.O.T dengan megahnya dapat pakai baju D.O.T.
At least kalau tak buat design baru pun, design lama boleh digunakan.
Macam best saja.
cut.
pahlawan
Pahlawan Berkereta
Fatin - WLU Kenari
Pali - BJC Kancil
Pod - WRJ Saga
Wann - WNU Myvi
Arep - PFJ Waja
Pahlawan Bermotor *aku rase korg smart gile*
Say O - KBF Kriss
Ijan - WHT Kriss
KK - BKW Ego
Ismeth - Kadang2 xtau mane die dapat moto
trimas buat pahlawan2 sekalian. jasa anda amat dihargai =)
Melihat Kembali
tak perlu ajar levelling, dah ada basic nampaknya
sapa rasa scene ni tak kelakar memang ada masalah sikit
Aizat yang off key sket atas stage, tapi nampak confident gila. Bagus!
moment yuyu paling comel: main payung kat depan
"Kak Pod muka puas!!" kata junior2 KDO
Sumpah ni la ending paling smart malam tu.
...korang buatla komen sendiri
ok, wahida memang mencurigakan
You all rocks!
Tuesday, August 10, 2010
Dan Orang Tanya Kenapa Aku Sayang DOT
Malam boria rasanya lu all nampak sendiri. Siapa yang gua sayang.
Lepas post mortem salah seorang ahli keluarga kita pula menghebahkan khabar yang kita tak nak dengar. Gua tak payah nak perjelaskan. Kalau dah nama ahli keluarga mesti kita tahu sendiri.
Gua hampir menangis lagi selepas itu. Dan gua cakap ini,
"Dan orang tanya kenapa aku sayang DOT?"
Semua orang buat pengorbanan. Sama ada besar ataupun kecil. Tapi adik, awak buat pengorbanan yang menyebabkan gua rasa pengorbanan gua selama ni hanyalah picisan kecil sahaja.
Kita kenal dari MMP lagi. Tapi baru sebulan lebih.
Tapi entah kenapa, hati ni rasa macam dah kenal sepanjang hayat.
Adik. Jadi kuat. Jadi tabah. Jadilah manusia.
Insya Allah. Kalau kau terjatuh, kau tolehlah ke belakang. Kami pasti ada. Jangan gusar.
Sebab bila aku ungkapkan famili, itu bukan kata-kata luahan dari mulut saja.
We will be waiting and supporting you Farah.
Cause you know what? We are FAMILY.
Fin.
Sunday, August 8, 2010
Boria Season 1
"Agak down juga la bila dapat tahu yang kolej-kolej lain ada hantar 2nd dengan 3rd year untuk boria."
Down itu adalah kesan daripada populasi boria kami yang dimonopoli secara 90% oleh pelajar tahun 1.
*sigh*
Downkah aku?
Not down. But damn proud.
p/s : selaku pasukan yang berpegang pada realiti setiap ahli akan grad dan blah juga sudahnya maka kami hanya mampu mencipta pelapis demi pelapis. *sigh*
Fin.
Friday, August 6, 2010
Ada Apa Dengan Nama?
Bukan kerana paksaan.
Teater itu seni. Umpama luahan hati. Menghidupkan suatu kehidupan. Mengambil iktibar dari kehidupan itu.
Gua berseni bukan kerna nama.
Tapi kerna hati.
cut.
Kata- Kata Dari Orang Yang Tak Join Boria (really?)
Saya lihat kamu semua menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan latihan boria selama ini. Biarpun kamu semua kelihatan super letih-super mengantuk dan super stress juga kadang- kadang sewaktu latihan, kamu semua gagahkan juga diri untuk berlatih.
Tidak lupa juga pada abang kesayangan Ismeth- siapa lagi kalau bukan Abang Vee, kerana komitmen dan kesanggupannya untuk mengajar sampai ke pukul tiga pagi. Betul, sukar untuk jumpa tenaga pengajar professional yang sanggup berbuat begitu.
Walaupun begitu, saya lihat ada lagi ruang untuk diperbaiki. Memang kadang-kadang kamu semua terleka, banyak bermain, tidak fokus dan tidak serius, tetapi itu semua hanya kadang- kadang. Terlalu sedikit untuk dijadikan isu besar.
Yang penting sekali, saya lihat kamu semua gembira dan menghargai setiap saat berlatih bersama. Saya lihat kamu semua makin rapat antara satu sama lain.
Teruskan usaha anda semua. Saya yakin kamu semua mampu untuk berjaya. Percaya pada diri anda sendiri. Jangan biarkan keraguan menguasai minda. Imaginasikan diri anda dalam keadaan juara, nescaya anda semua akan menjadi juara.
Saya harap keadaan ini akan berkekalan selama yang boleh. Hargai setiap saat yang ada bersama. Kerana kita tidak tahu apa akan jadi pada keesokannya.
Ok, ini sebenarnya yang susah untuk diucapkan. Saya cemburu dengan kamu semua.
Thursday, August 5, 2010
Siri Bercakap dengan KK (part 3.0)
Lokasi : Depan bilik Kebud
Masa : Pukul 3 lebih
Situasi : Gua baru menyedarkan KK bahawa dia sangat rugi tak datang latihan malam sebelumnya kerana Palie ada membeli makanan dari PD untuk DOTters.
KK : Kenapa tak cakap kat saya awal-awal? Saya kan suka makan.
Fin.
Tuesday, August 3, 2010
Siri Bercakap dengan Ijan
Tarikh : 2 Ogos 2010
Masa : Selepas Isyak
Situasi : Gua cuba merebut henset Ijan untuk menulis mesej ' Saya sayang Wawa' pada Wawa tapi berjaya dirampas semula oleh Ijan.
Ijan : Lu ingat orang baru lepas accident tak kuat ke?
Fin.