Thursday, November 18, 2010

Sindiran


Seni lakonan adalah satu medium terbaik untuk kita melampiaskan sindiran pada khalayak. Sama ada mereka terasa atau tidak itu terpulang tapi kita boleh mendabik dada dan berkata bahawa hasil karya kita itu punya pengajaran.

Banyak filem yang menampilkan sindiran secara direct. Gerak Khas adalah contoh terbaik.

" Selaku seorang polis, saya memang akan memberi amaran sebelum saya melepaskan tembakan yang pertama. "

Direct. Orang faham sangat dan selalunya orang tak suka.

Sama juga dengan  cerita-cerita yang menggambarkan orang kita ke disko dan menagih dadah. Direct dan selalunya tak mendatangkan kesan langsung.

Karya Yasmin Ahmad, Muallaf, merupakan contoh terbaik sejenis sindiran yang bersifat agak tersirat. 

Adegan contoh, Rahim Razali adalah ayah kepada Sharifah Amani di dalam filem ini. Dia minum arak dan suka berjoli. Tapi dalam satu adegan, dia enggan berjabat dengan seorang Cina yang baru lepas memegang anjing.

Sindiran yang ingin disampaikan adalah betapa teruknya orang Islan kita, mereka tetap tahu haram memegang anjing dan babi. Yang selebihnya gua biar anda fikir sendiri.

Oh. Gua juga merasakan KL Drift ada sindiran.

Jangan bawa kereta laju-laju dalam KL biarpun kamu pengedar dadah yang paling ganas di dunia.


fin.

2 comments:

wann afzan said...

owh. tu ke sindiran kl drift? huhu

Nazrin Saad said...

hahaha, entah. entah ada ke tak ada tu. tu pun leh menang award.