Monday, July 19, 2010

Pengarah



Dalam DOT gua banyak mengarah. Maksud gua mengarah lakonan. Banyak juga aspek artistik/sinografi yang gua tekankan sepanjang dalam DOT.

Dalam DOT, gua hanya pernah mengarah sebuah teater sahaja. Tak menang pengarah terbaik pun. Tak menang nombor 1 pun.

Dan ya, gua sedar kedaifan pengalaman gua dalam bidang pengarahan gua. Sebab tu gua selalu mengarah belakang-belakang saja dalam DOT. Bukan yang utama.

Dalam KTR pun gua tengok-tengok saja. Tak pernah mengarah. Kadang-kadang datang dan memberi tips. Tak percaya tanya KK. Puan Mas bukan gua yang ajar kan?

Nonetheless, gua masih punya idola dalam bidang pengarahan. Dan idola gua adalah Yasmin Ahmad.

Uniknya cerita beliau, beliau tak perlu OST yang gah, hanya menerapkan elemen emosi dan sinografi yang menarik untuk menyampaikan mesej. Itu yang aku cuba buat sepanjang dalam DOT. Berjaya atau tak terpulang pada tafsiran penonton.

Mengenang 1 tahun kembalinya beliau ke rahmatullah, gua kumpulkan quote yang gua suka dari cerita beliau.

"Entah. Tadi ayah nampak mak kau kat luar tengah skipping bogel."
-Harith Iskandar (Gubra)

"Sebab tu la I nak you mati dulu. Sebab I tak nak tengok you merana. Baik I merana."
-Harith Iskandar (Gubra)

"Tak apa kalau mak tak nak bagi saya jumpa dia. Tapi tolong. Tolong jangan buat saya melupakan dia."
-Mahesh (Talentime)

Banyak lagi yang gua suka. Tapi gua tak ingat exact quote dia. Tengoklah filem dia bagi yang tak biasa dan nak belajar. Gua cadangkan Talentime buat yang baru.



The little imperfection that make us perfect.

p/s : dan belum ada pengarah filem malaysia yang mampu buat gua menangis dalam panggung selain dia. in that case, belum ada even pengarah filem hollywood yang mampu buat gua menangis dalam panggung.

Fin.

1 comment:

Anonymous said...

benda ilmiah ni mereka mungkin sematkan dalam otak. mereka tak komen kerana baru mengetahui fakta lu ni.

p/s : selain ahli bukuwan, tiada yang berminat tentang ilmiah.

-fatin